12 Mac 2018

ULASAN NUR SHAZNA : BUSINES ONLINE VS ALAMAYA...BAGAIMANA?

Teks : Nur Shazna
Blog : http://nurshaznashamsudin.blogspot.my
Guru Online : Mie Normi

Bismillah.

Kita nak mulakan sesuatu mesti ada mentor, betulkan? Bukan anak-anak saja perlu ada guru, kita pun perlu berguru untuk berniaga. Tambahan pula mahu kaya, berjaya dan berkat.

Saya? Selalu baca post FB kak Masayu Ahmad, berbulan-bulan mengikutinya. Tapi tidak pernah terlintas membeli ebook untuk santapan atau ilmu bagi saya memulakan bisnes.

Ada juga terfikir, macamana nak buat blog? blog bisnes yang arwah bina langsung saya tidak tahu password tambahan no. telefon di daftarkan juga tidak aktif. Terpinga-pinga mahu mula dari mana?. Hasil kajian dan tindak balas pelanggan alamaya  suka melawati blog bisnes arwah dulu.

Saya fikir positif, mungkin Allah SWT mahu saya berusaha sendiri, sebagaimana arwah mengusahakan empayar bisnes kami sekeluarga.

Akhirnya, saya beli ebook janapendapatan dari rumah. Saya study ebook itu dengan penuh semangat dan harapan baru. Sehinggalah rakan kerja dahulu menegur saya. "Kak Na kusyuknya study apa tu? Tersengih-sengih saya jawap " tambah ilmu di dada dan minda". (Situasi sebelum berhenti kerja - penghujung tahun 2013)

Pertengahan Januari 2014, Alhamdulillah akhirnya saya mendaftar pelajari asas bina blog bersama Puan Normi Yusof. Walaupun masih bertatih, sekurangnya saya telah cuba dan akan cuba laksanakan.

Yang pasti, mengikuti kelas secara online ini amat bagus bagi saya yang banyak komitmen sebagai ibu tunggal ini. Selalu tentang MASA yang kita akan bangkitkan, terutamanya sayalah tu.

Pembelajaran saya secara alamaya dengan masa kita uruskan, segala persoalan, pertanyaan yang kadang-kadang saya sendiri pusing apatah lagi guru online saya Puan Normi. Semua di ajar oleh guru online amat memuaskan dan sabar mengajar kita.

Masa selesai tugasan? Semuanya atas daya usaha kita sendiri, jika kita fokus maka jangka pendeklah kita tamat belajar. Begitu juga, sebaliknya.

Jangan fikir terasa beban dengan duit yang kita modalkan. Bagaimana mahu berniaga jika tidak mahu keluar modal. Belajar juga adalah modal bagi kita, kerana kita perlu ilmu. Bukan hanya, modal dikeluarkan untuk dapatkan bahan mentah atau produk. Ingat pesanan saya itu.

Sejak saya berjinak-jinak dengan blog, maka ramailah kenalan alamaya saya. Berkongsi pendapat dan ruang serta peluang berniaga. Dulu saya ingat berhenti kerja, tiada rakan-rakan akan besama kita. Rupanya salah sama sekali, kenalan saya makin ramai bukan sahaja alamaya tetapi alam nyata. Hebatkan kita, bonda-bonda sekalian.

Amat sesuai bagi bonda-bonda suri umah yang mahu maju dan berkerjaya dari rumah. Penting sekali fikir positif. Allah SWT sentiasa bersama kita.

Dwanna's Shop
Singgah blog :
http://nurshaznashamsudin.blogspot.com/2014/04/busines-online-vs-alamayabagaimana.html

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage (Bisnes) : Shehren Shahadan


Teks : Shehren Shahadan

Guru Online : Zaila Mohamad

Sumber : http://shehren-shahadan.blogspot.com/2014/04/ulasan-kelas-asas-blog-fanpage.html

Salam. Alhamdulillah. Apa khabar pembaca semua yang di sayangi. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmatNya selalu.

Syukur pada Allah entri kali ini saya di beri peluang oleh Puan Guru saya berkongsi apa yang saya perolehi selama berada di akademi ini.

Nak di ceritakan terlalu banyak, terlalu panjang. Jadi saya meringkaskan sebaik mungkin ye.

Peluang hanya datang sekali. Keinginan mencari sumber alternatif pendapatan tambahan menemukan laman web Puan Masayu pengasas akademi ini. Dari situ saya membaca dan menyusun tindakan untuk langkah saya selanjutnya.

Dari tiada blog dari tiada teknik berniaga sehingga rancak berniaga semua saya dapat apabila menyertai akademi ini. Menarik guru pembimbing begitu komited dengan tugas mereka. Walaupun ianya online tapi saya merasakan hubungan antara kami sangat rapat. Cikgu Zaila sentiasa memperhati tindakan saya serta menegur sekiranya terdapat kesilapan. Yang bestnya kami mempunyai kumpulan sokongan yang kuat. Saling menyokong membantu sesama sendiri. Apabila saya rasa down Cikgu akan menyuntik semangat dan motivasi berterusan untuk saya meneruskan langkah. Terima kasih Cikgu.

Akhir ulasan, melalui akademi ini saya berharap lebih ramai para suri menyertai akademi ini. Semoga akademi ini dapat menjadi pemangkin untuk para suri bekerja dari rumah, memperoleh pendapatan tanpa mengabaikan keluarga tercinta. Tidak di lupakan juga untuk kaum adam yang ingin turut menyertai akademi ini.

Sekian. Terima kasih
Akademi Bekerja Di Rumah the best.

Ulasan Kelas Asas Blog, Fanpage & Iklan Mudah.My


Teks : Maya Hs Collection
Sumber : http://mayahscollection.blogspot.com/2014/05/ulasan-kelas-asas-blog-fanpage-iklan.html
Guru Online : Pn. Zaila Mohamad

Assalamu'alaikum

Saya seorang suri rumah tangga sepenuh masa, mempunyai seorang anak gadis yang comel
 berumur 12tahun dan dua orang anak bujang yang macam-macam kerenah, masing-masing berumur 11tahun dan 5tahun.Ibu saya tinggal serumah dengan saya jadi sementara saya bekerja anak-anak di jaga oleh ibu.

Dulu saya bekerja dalam bidang makanan, oleh kerana anak yang berumur 5tahun saya itu telah mula memasuki alam persekolahan dan merasa segala tanggung jawab di rumah terabai, saya memutuskan untuk berhenti bekerja.

Kehidupan yang sentiasa bekerja dulu membuatkan saya bosan untuk duduk diam sahaja. Saya berfikir apa yang perlu saya lakukan selain dari menjadi surirumah sepenuh masa. Akhirnya saya terpikat dengan bisnes perniagaan telekung online kepunyaan adik suami saya. Saya memulakan perniagaan telekung dengan menjadi ejen dropship, tetapi saya hanya berniaga secara offline sahaja. Akhirnya dari main-main untuk menghilangkan bosan saya mula seronok tetapi dugaan datang sekali lagi apabila adik ipar saya telah berpindah kerja ke Qatar.

Saya mula buntu untuk berniaga apa lagi. Suami menyarankan agar saya cuba berniaga sendiri dengan modal sendiri. Saya mula berniaga online dan juga offline, kali ini bukan satu produk sahaja yang saya jual, tetapi apa saja yang boleh di jual saya akan jual. Namun bukan mudah untuk mempelajari dunia perniagaan online,saya pula tidak ramai sahabat di facebook, dan ini membuatkan saya mula risau.

Saya selalu terbaca status-status puan Zaila Mohamad, saya tertarik dan mula melihat ke wall beliau. Kebanyakan status beliau bercerita tetang perniagaan online dan bagaimana mahu berniaga online. Untuk pengetahuan anda semua, puan Zaila merupakan bekas teman sekerja suami saya pada masa dahulu. Jadi suami menyarankan agar saya bertanya terus kepada beliau. Saya menceritakan masalah saya pada puan Zaila dan beliau meyarankan saya agar mengambil pakej "belajar kelas asas blog, fanpage & iklan mudah.my".

Kelas ini merupakan kelas 100% menggunakan Bahasa Melayu, agak mudah difahami kerana saya bukanlah orang yang hebat dalam Bahasa Inggeris dan dalam pengetahuan computer. Saya juga pernah ke kelas offline puan Zaila iaitu di rumahnya. Banyak tips dan cara-cara membina perniagaan di internet, cara asas menulis di blog dengan betul, cara berniaga di fanpage dan cara letak iklan di mudah.my telah diberikan kepada saya. Barulah saya tahu berniaga online bukan hanya di facebook sahaja dan bukannya perlu 24 jam menghadap komputer sahaja untuk mengepos gambar peniagaan kita. Dulu, walaupun saya telah mempunyai fanpage,blog dan akaun Mudah.my tetapi saya tidak tahu cara bagaimana menggunakannya, inilah kelemahan diri saya. Saya tahu membuat kesemua akaun tetapi tidak tahu cara untuk memainkan perniagaan di situ.

Puan Zaila juga mengajar online sesuai bagi saya yang tiada masa untuk pergi ke mana-mana ini. Sambil berniaga pun saya boleh belajar di kelas online beliau sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya apa bila saya buntu. Walau pun pelajaran kelas saya telah berakhir tetapi puan Zaila sentiasa memberi kata-kata semangat dan nasihat-nasihat yang positif, nasihat yang boleh diguna pakai di dalam perniagaan.

Dengan mengikuti kelas asas ini kini saya tidak lagi perlu 24 jam menghadap komputer, kehidupan saya teratur,kerja-kerja rumah selesai,saya mempunyai masa untuk keluarga dan untuk pergi ke kelas pengajian al-quran & tajwid yang saya ikuti dan yang paling penting peniagaan saya berjalan lancar.

Apa pun yang kita lalukan harus ada mentor dan mentor itu penting.

Kata-kata nasihat oleh Dr Azizan Osman saat saya dan suami mengikuti seminar beliau di Kuala Lumpur masih terngiang-ngiang di telinga saya, benar sekali...Wang bukan ukuran untuk kita menimba ilmu. Jadi kepada anda yang mempunyai masalah sama seperti yang saya alami, jom sertai AKADEMI BEKERJA DI RUMAH dengan mengikuti kelas-kelas asas berniaga online.

Sekian ulasan saya mengenai kelas asas blog,fanpage & iklan mudah.my.

Semoga ianya bermanfaat untuk anda.

Ulasan Kelas Blog - Sariah Awang Senik


ULASAN KELAS BLOG

Teks : Sariah Awang Senik
Sumber : http://sariahawangsenik.blogspot.com/2014/05/ulasan-kelas-blog.html

Minat menulis banyak yang telah mendorong saya untuk membuat satu blog yang banyak berkisar tentang kisah kehidupan beberapa tahun yang lepas. Dengan blog tersebut, hampir setiap hari menulis tentang apa yang terjadi di dalam kehidupan seharian. Apabila telah selesai menulisnya, dan membacanya semula, baru saya terfikir adakah ada orang yang sudi singgah membaca blog saya tersebut.

Semasa membuat blog tersebut, memang tidak terfikir di fikiran saya apakah tujuan dan siapakah sasaran pembaca untuk membaca blog tersebut. Sehinggalah suatu hari saya terbaca suatu kenyataan, bahawa bekerja dari rumah boleh menjana pendapatan berdasarkan minat yang kita ada. Pertemuan yang tidak sangka, di saat sedang tercari-cari peluang untuk memajukan diri dan bangkit semula dengan semengat yang baru setelah melalui pelbagai episode kedukaan yang terlalu perit di dalam kehidupan yang lepas. Hamba Allah tersebut ialah Anys Idayu Zakaria, yang telah banyak menyedarkan saya bahawa pengaruh blog terhadap perniagaan dan produk yang sedang usahakan amatlah luas.

Tidak sangka dengan minat menulis yang ada pada diri, bakal merubah segala tujuan kehidupan selama ini. Blog sangat berpengaruh dan ianya bersahabat rapat dengan Google kerana semua maklumat terdapat di papan Google tersebut. Dengan hanya menaip beberapa patah perkataan di Google , secara automatik semua maklumat akan tertera di situ. Pendaftaran untuk menyertai kelas asas blog dan penulisan amatlah berpatutan. Apalah harganya RM200 dengan ilmu yang kita pelajari hasil daripada ilmu yang kita dapat di dalam kelas asas blog dan penulisan tersebut.

Syarat yang paling utama setelah menyertai Akademi Bekerja Dari Rumah ini, adalah setiap ahlinya wajib menyiapkan 44 entri yang  berdasarkan latar belakang pendidikan dan juga pengalaman kerja sehinggalah kepada apa yang sedang kita lakukan sekarang. Pada awalnya memang tidak faham kenapa harus menyiapkan 44 entri, namun setelah di terangkan lebih lanjut bahawa dengan menyiapkan 44 entri ini kita dapat meningkatkan aliran traffic pembaca untuk singgah membaca ke blog tersebut. Memang benar seperti yang di jangka bahawa aliran traffic pembaca yang membaca di blog tersebut meningkat dari semasa ke semasa.

Setelah hampir setiap hari dan secara konsisten menulis, barulah saya sedar di mana minat dan kekuatan saya selama ini. Di dalam kelas blog dan penulisan segala hasil penulisan akan di pantau secara online oleh Anys Idayu Zakaria dan akan di postkan di facebook untuk menarik pihak yang lain membacanya. Walaupun cara menulis agak santai, namun segala kesalahan ejaan seperti koma, tanda titik dan juga tanda adalah amat di titik beratkan. Sebagai langkah awal bagi menggelakkan sebarang kesilapan, sebelum di terbitkan sesuatu blog, di baca terlebih dahulu dan kemudiannya di terbitkan. Dengan minat menulis juga, kita mampu menceritakan secara lebih terperinci tentang sesuatu produk dan juga perkhidmatan yang sedang di usahakan. Itulah kelebihan dan kebaikan menulis kerana kita mampu menceritakan apa sahaja tentang perniagaan kita. Di kelas asas blog , selalu di ingatkan agar tidak menulis dengan cara syok sendiri kerana akan mengakibatkan para pembaca merasa bosan untuk membacanya. Tulislah sesuatu yang lebih positif dan dapat memberikan lebih maklumat kepada semua pembaca di luar sana.

Dengan jaringan ukhuwah yang terjalin di antara semua ahli akademi akan dapat mempercepatkan process aliran traffic pembaca ke blog kita tersebut. Siapa sangka ada di antara kita sedang mencari-cari maklumat yang sangat berguna tentang produk ataupun perniagaan mereka.
Kini setelah hampir beberapa bulan menyiapkan segala tugasan tersebut, segala keyakinan dan kekuatan untuk menulis makin membara. Berazam untuk menulis sesuatu yang lebih bermanfaat dan juga sangat berguna kepada semua pembaca di luar sana.

Yang Ikhlas Menulis Sariah Awang Senik

Ulasan Kelas Asas Blog Dan Penulisan - Zaridah Hj Hashim

Guru Online : Anys Idayu Hj Zakaria
Protege : Zaridah Hj Hashim 

Teks : Zaridah Hj Hashim

Salam Semua!

Bagaimana Saya Bermula

Ianya bermula selepas saya terbaca satu artikel Pn. Masayu di Majalah Mingguan Wanita, maka timbul keinginan untuk mengenali beliau dan dalam masa yang sama saya ternampak satu "posting" dari Pn. Anys di FB Pn. Masayu. Lalu saya "add" Pn. Anys sebagai rakan Facebook saya.

Di pendekkan cerita, selepas saya menghantar "PM" kepada Pn. Anys untuk mengetahui matlumat lanjut tentang Kelas Asas Blog Dan Penulisan. Beliau menerangkan tentang pakej yang ditawarkan dan yuran yang perlu dijelaskan serta apa kelebihan yang boleh dapat dari penyertaan kelas ini, saya memilih untuk mengambil tawaran pakej Kelas Asas Blog Dan Penulisan memandangkan saya perlu mengetahui bagaimana untuk membuat blog dan penulisan yang menarik minat pengunjung.

Perlukan Bimbingan

Sebelum ini saya juga telah mempunyai beberapa blog tetapi saya sangat teruja untuk memperlajari lagi tentang blog kerana selama ini saya hanya "out source" kepada individu yang membuat perkhidmatan "up-grade" blog untuk saya.

Sebenarnya saya rasa saya perlukan bimbingan dari mereka yang berpengalaman kerana saya perlu mengetahui teknik yang betul agar saya tidak meninggalkan blog saya seperti blog-blog saya yang terdahulu.

Harga Berpatutan

Bayaran yuran yang dikenakan untuk menyertai kelas sangat berpatutan dan berbaloi dengan ilmu yang saya perolehi memandangkan waktu pembelajaran adalah sangat fleksibel bergantung kepada waktu terluang saya kerana saya juga perlu menumpukan kepada bisnes online SHAKLEE saya.


Berpuashati

Secara peribadi, saya sangat berpuas hati dengan Kelas Asas Blog dan Penulisan yang saya sertai kerana banyak ilmu tentang blog dan penulisan yang telah saya pelajari. Alhamdulilah Cikgu yang mengajar saya juga iaitu Pn. Anys banyak berkongsi pengalamannya tentang penulisan serta memberi tips-tips kepada saya. Syukur kerana saya dapat mengenali beliau dan juga Pn. Masayu.

Saya rasa setakat ini dulu perkongsian dari saya, bagaimana permulaan saya dalam pembelajaran kelas secara alam maya ini. Ianya adalah satu landasan untuk mereka yang tidak mengetahui apa-apa tentang blog dan ia boleh menaikkan lagi kredibiliti seseorang untuk membina jaringan dan bisnes di alam maya ini.

Kepada anda yang berminat untuk menyertai kelas ini, jangan tunggu lagi atau teragak-agak kerana ianya suatu pelaburan yang sangat berbaloi dan bermanfaat untuk anda. Anda tidak akan rugi jika menyertai Kelas Asas Blog dan Pemulisan ini.

Anda boleh menghubungi saya untuk mengetahui bagaimana untuk bermula. Kami di Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) sangat mengalu-alukan penyertaan anda.
Senyum Selalu!

http://zaridahashim.blogspot.com/2014/06/UlasanKelasAsasBlogDanPenulisan.html

Ulasan Kelas Blog Mula Bisnes - Shuhada Badya


Guru Online : Anys Idayu Hj Zakaria
Protege : Shuhada Badya 
Sumber : http://shuhadabadya.blogspot.com/2014/06/ulasan-kelas-blogging-abdr.html

Ulasan Kelas Blogging ABDR
Assalamualaikum...

Syukur ke hadrat allah swt atas kurniaan tunasan idea menyiapkan blog yang baru yang lebih kemas dan tersusun ini. mood perasan sikit hehehehe  Alhamdulillah berjaya menyiapkan branding semula dari blog lama RAHSIA IBU SIHAT ke blog baru ARDA eSHOP =) Yess blog telah lengkap review !!

Saya masih baru, mula sertai Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) pada 19 April 2014, masih baru masih bertatih hehehe namun di luar jangkaan saya, trafik sehingga hari ini telah melebihi 3K !! ALHAMDULILLAH

Baru 2 bulan lebih menyertai keluarga ABDR di bawah seliaan Pn. Anys Idayu Zakaria. Terima kasih cikgu atas ilmu yang diperturunkan semoga mendapat ganjaran pahala yang berlipat-kaliganda dari Allah swt, InsyaAllah. Keperihatinan cikgu dalam segala tunjuk ajar cikgu sangat-sangat membantu !! Pengalaman yang sangat berbeza caranya dari dulu ketika saya terkial-kial belajar sendiri membuat blog dan belajar membuat blog dengan berguru =)

Bagusnya ABDR, saya juga boleh berkenalan dengan kawan-kawan online yang baru, bertukar-tukar ilmu dan pandangan tentang dunia online, blog dan bisnes, suatu pengalaman yang amat membuatkan saya teruja ! serta membina rangkaian blog tersendiri yang mana setiap ahli keluarga ABDR saling bantu- membantu dengan cara berkongsi link blog rakan yang lain di blog masing-masing =)

Manfaat utamanya setiap hari saya akan terima tips-tips yang baru yang sangat berguna untuk rujukan untuk menjadikan blog atau kedai online lebih interaktif supaya sentiasa dikunjungi =)

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah  syukur yang tidak terkata, rezeki dah mula masuk, sale juga semakin rancak, semuanya Anugerah Rezeki Dari Allah swt =)

Bagi mereka yang mahu memulakan bisnes hanya dari rumah sahaja, tanpa perlu keluar, uolss boleh sertai keluarga kami di Akademi Bekerja Dari Rumah =) InsyaAllah setiap usaha pasti ada hasilnya =)

http://shuhadabadya.blogspot.com/

Ulasan kelas blog bisnes - Noor Azzah Yusof

Ulasan kelas blog fanpage mula bisnes
Guru Online : Anys Idayu Hj Zakaria

 Teks : Noor Azzah Mohd Yusof 
  Assalamualaikum…
Syukur alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia dan nikmat kesihatan serta ketenangan. Sungguh banyak nikmatNya tidak terhitung. Sesungguhnya rezeki Allah itu amat luas dan tidak mengira siapa sahaja walau di mana berada. Allah Maha Adil dan rezeki yang diberi mencukupi keperluan hambaNya. Bersangka baiklah kepada Allah. Sebagaimana firmanNya dalam ayat 2- 3 surah at-Talaq yang bermaksud : “…Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”  


Akan tetapi kita sebagai hambaNya sering terlupa nikmat dan tidak pernah merasa cukup, bersyukur kepadaNya. Bahkan seringkali merungut itu dan ini hanya kerana apa yang kita ingini tidak diperolehi. Ada ketikanya Allah menangguhkan permintaan kita kerana ingin memberikan sesuatu yang lebih baik dan selayaknya untuk kita.

Alhamdulillah, dengan izinNya jualah saya dipertemukan dengan rakan-rakan ABDR. Walaupun pertemuan yang diatur melalui alam maya, rakan-rakan di sini cukup membangkitkan semangat. Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan  kepada Puan Masayu Ahmad kerana mewujudkan peluang ini untuk dikongsikan bersama rakan-rakan yang lain seterusnya barisan guru online Puan Anys Idayu Zakaria dan Puan Nur Balqis Qahira yang tidak jemu mencurahkan ilmu dan pengalaman agar kejayaan dan kemanisan dapat dirasai bersama-sama. “ Sharing is caring ”. Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) disertai oleh barisan Pengurus Online (PO) dan Rakan Niaga yang amat komited. Pelbagai tips dan ilmu serta perkongsian bisnes melalui kumpulan sokongan khas. Ianya bukan suatu usaha yang mudah untuk ke tahap ini. Biarlah apa orang kata sekali pun, insya Allah rezeki Allah beri tetap ada. Keyakinan dan kebergantungan kita hanya kepada Allah dan lipatgandakan usaha kita.


Dengan ini, saya mengalu-alukan kedatangan ahli baru ke AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (ABDR)
Sama-sama bergabung dengan kami  hampir 700 blog. Kami menerima pendaftaran setiap hari. Pilih mana-mana kelas berikut dan daftar kepada guru online.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog mula bisnes
3. Kelas asas blog penulisan kreatif
4. Kelas asas blog iklan mudah.my
5. Kelas penulisan ebook pertama
6. Kelas akaun wahm soho online dan offline
7. Kelas borong telekung solat
8. Kelas wordpress
9. Pendaftaran pengurus online
10. Pendaftaran projek duit raya
11. Tempahan iklan bersama kami
12. Tempahan blog bisnes- siap 3 hingga 5 hari.
Untuk mengecapi kejayaan hari ini , usaha yang komited serta konsisten amat perlu. Bak kata pepatah “Nak seribu daya, tak nak seribu dalih”. Kejayaan tidak akan datang dengan sendiri jika kita sering membuat pelbagai alasan dan sering bertangguh untuk memulakan sesuatu usaha. Apa pun yang kita lakukan pasti ada risiko. Berani menanggung risiko untuk berjaya.  Tiada jalan mudah. Resepi kejayaan = Usaha + Modal + Yakin + Konsisten + Doa + Tawakkal + Syukur + Sabar. 

Bagi yang berminat dan ada kesungguhan, boleh sertai AKADEMI BEKERJA DI RUMAH
Hubungi saya melalui  : 
Emel : noorazzahyusof@gmail.com
sms/whatsapp : 0126343413

" Kejayaan anda bermula daripada langkah hari ini , mulakan dari sekarang"




Ulasan Kelas Blog Mula Bisnes - Wan Rohaniah



Ulasan Kelas Blog Pengurus Online Akademi

Guru online : Anys Idayu Hj Zakaria
protege : Wan Rohaniah Wan Abdullah
Blog : http://wanrohaniahwanabdullah.blogspot.com/
sumber :  http://wanrohaniahwanabdullah.blogspot.com/2014/06/ulasan-kelas-blog-pengurus-online.html

Teks: Wan Rohaniah Wan Abdullah

Alhamdulillah, sedar tak sedar entri di blog ini dah pun melebihi 25 entri. Sekejap saja rasanya. Maknanya saya sudah berada di pertengahan tugasan 44 entri yang ditugaskan di dalam kelas sebagai pengurus online akademi.

Saya diperkenalkan kepada blog pada tahun 2005 lagi. Suami saya yang perkenalkannya kepada saya. Dan dari satu blog waktu itu, saya telah membuka sehingga 4 blog untuk mencatat dan berkongsi minat saya. Tetapi, lama-kelamaan blog-blog saya itu menjadi semakin sepi dan bersawang, tidak diupdate. Nak kata saya sibuk, orang lain lebih sibuk dari saya rasanya. Semangat untuk menulis entri hilang entah ke mana.

Saya tahu blog adalah satu medium yang boleh dikatakan agak kuat pengaruhnya, jika kena pada gayanya. Tetapi itu hanya boleh dicapai sekiranya ada tunjuk ajar yang diberikan. Saya selalu melawat blog-blog yang terkenal sama ada di dalam negeri mahupun yang luar negara. Saya berimpian untuk mempunyai blog seperti itu. Maka saya membuat carian di internet. Dan carian saya membawa saya kepada blog Puan Masayu Ahmad, pengasas Akademi Bekerja di Rumah. Dari blog beliau, saya dihubungkan kepada facebook beliau. Dari situ, saya berkenalan pula dengan guru saya sekarang iaitu Puan Anys Idayu. Melihat kepada penerangan yang diletakkan pada status fbnya membuatkan saya tertarik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kelas yang ditawarkan oleh ABDR.

Akhirnya saya mendaftar sebagai salah seorang pengurus online akademi. Apa yang saya suka dengan kelas ini adalah soalan analisa yang diberikan pada permulaan kelas. Sebelum kita melakukan apa-apa, kita perlu menjawab beberapa soalan yang dikatakan akan memberi perisian kepada apa yang akan saya lakukan nanti.

Dari soalan analisa tersebut, satu lagi saya suka apabila saya diminta mencipta email dan blog dengan nama yang diberikan oleh cikgu. Tidak terlintas difikiran saya yang nama email dan blog boleh memainkan peranan satu hari nanti. Dan saya juga diberi fokus kepada blog yang akan saya bangunkan, siap dengan label tajuk yang patut saya tumpukan.

Kemudian, senarai tugasan diberikan dan antara tugasan yang perlu dibuat adalah menulis 44 entri di blog. Jika sebelum ini saya tiada semangat untuk update blog, tetapi disebabkan tugasan yang diberi, ditambah pula dengan label tajuk yang diberi berserta fokus blog, saya merasa terpanggil untuk menulis entri baru setiap hari. Dan idea juga datang dengan mudah kerana adanya tajuk label tersebut. Memang mengujakan.

Di dalam kelas ini juga lah saya belajar bagaimana membuat fan page di facebook, yang sebelum ni memang saya tidak tahu langsung bagaimana melakukannya. Begitu juga dengan membuat borang tempahan. Serta tab-tab yang ada pada blog.

Tidak cukup dengan semua ilmu ini, sokongan yang tinggi juga diberikan oleh semua rakan-rakan di dalam akademi ini bagi memastikan blog ini tidak sunyi. Jika saya ada persoalan yang tiba-tiba datang, saya peroleh jawapannya secara serta-merta, sama ada dari cikgu online saya mahupun dari rakan-rakan akademi.

Akhir sekali, saya juga berpeluang untuk menjana pendapatan sebagai pengurus online akademi di mana produk-produk akademi yang banyak dan pelbagai boleh saya promosikan. Mana nak dapat, ilmu diberi, peluang dapat duit pun diberi sama.

Sebagai seorang suri rumah sepenuh masa yang ingin menukarkan statusnya kepada suri rumah yang bekerja di rumah, kelas-kelas yang ditawarkan oleh akademi ini adalah amat sesuai. Tambahan pula, semua kelas diadakan atas talian dan waktu yang fleksibel memang memudahkan para suri.

Harapan saya agar akademi ini akan menjadi satu akademi yang sangat berpengaruh suatu hari nanti dan para suri rumah atau wanita berkerjaya yang mengimpikan untuk bekerja dari rumah akan dapat memanfaatkan ilmu-ilmu yang ada di dalam akademi ini. Sama-samalah kita doakan.

Ulasan kelas blog bisnes - Norul Badri Daud


Guru online : Anys Idayu Hj Zakaria
protege : Norul Badri Daud
sumber : http://norulbadridaud.blogspot.com/2014/06/ulasan-kelas-asas-blog-bersama-abdr.html


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Syukur atas segala nikmat dan nafas yang diberikan Allah s.w.t.
Semoga perjalanan hidup kita hari ni lebih baik daripada semalam dan diberkati serta dilindungiNYA.

Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Sesuai dengan ungkapan tersebut, sebagaimana permulaan saya bersama ABDR.

Syukur ke hadrat Allah yang mempertemukan saya dengan rangkaian akademi bekerja dari rumah. Dari hari ke hari bertambah bilangan ahlinya. Saya menyertai ABDR di bawah seliaan Cikgu Pn. Anys Idayu Zakaria. Satu rangkaian yang semakin berkembang yang diasaskan oleh sifu iaitu Pn. Masayu  Ahmad. Dalam akademi ni, kita akan di pantau oleh guru yang sentiasa komited untuk membantu jika ada yang kita tidak faham.

Terima kasih cikgu, jasa mu cukup besar dalam menyampaikan ilmu.

Walaupun saya adalah ibu yang masih bekerja di pejabat, namun tertarik untuk menyertai ABDR. Ini kerana, saya ingin menjana pendapatan sampingan secara online. Blog merupakan medium yang sesuai untuk perkongsian dan jana pendapatan selain fb, instagram & twitter. Sebelum ini, saya pernah mempunyai blog dengan cara google sendiri. Namun membuat blog dengan mempunyai guru adalah suatu pengalaman yang berbeza.

Walaupun baru 3 bulan menyertai ABDR dan masih bertatih, namun Alhamdulillah traffik hingga hari ni telah melebihi 4k!. Dengan menyertai ABDR juga , secara tidak langsung pelbagai ilmu baru dan tip-tip yang kita dapat perolehi sesama ahli.

Nasihat saya bagi yang ingin menjana pendapatan sampingan atau bercita-cita untuk berhenti kerja makan gaji, amat sesuai menyertai ABDR. Yuran yang dikenakan juga berpatutan. Kelas dan masa juga adalah mengikut kesesuaian kita sendiri. Kita juga dibimbing sehingga kita mula yakin dengan langkah sendiri.

Dengan bergabung bersama kami di akademi, pastinya jaringan bisnes lebih luas dan capaian blog lebih tinggi kerana ada lebih 750 blog yang bergabung dalam membantu sesama ahli bagi menaikkan carian blog kita di google.

Salam kasih sayang. Sampai jumpa lagi.


2 Mac 2018

Ulasan Kelas Blog - Roszila Ibrahim


Ulasan Kelas Online Blog

Guru Online : anys idayu zakaria
protege : Roszila Ibrahim
sumber : http://roszilaibrahim.blogspot.com/search/label/Ulasan%20Kelas%20Online%20Blog

Bismillah. Alhamdulillah penghulu segala hari. Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan dibukakan seluas-luasnya pintu rezeki dan rahmat kepada kita. Definisi blog pada pandangan saya ialah berisi tulisan, artikel atau informasi bermanfaat yang diupdate (diperbaharui) secara teratur diakses secara online baik untuk umum mahupun peribadi. Blog juga kombinasi sesebuah teks, gambar, video dan link ke satu blog ke blog. Blog juga laman yang menempatkan pelbagai topik samaada berdasarkan minat, kemahiran atau apa untuk dikongsi. Boleh juga dikatakan sebagai diari online. Kini dengan blog juga dapat menjana pendapatan. Zaman sekarang semua maklumat hanya dihujung jari sahaja.

Oleh itu, saya mengambil peluang ini tanpa ragu-ragu kerana dengan kelas online blog banyak faedahnya. Bisnes online sudah menjadi fenomena luar biasa pada masa kini seiring perkembangan teknologi dan kemudahan internet yang semakin meluas. Angan- angan saya memang tinggi dan saya berharap supaya menjadi WAHM yang berjaya seperti yang diharapkan Insya Allah, doakan impian saya menjadi kenyataan yer.

Niat memang sudah lama untuk belajar blog dan baru sekarang impian dapat direalisasikan.Yang bestnya Kelas Online ini kita tiada had masa yang ditetapkan tapi kalau cepat hasil cepatlah menuai kan! Masa untuk buat blog pun mengikut masa terluang dan sangat fleksible. Pada mulanya saya membeli dua ebook dari Anys Idayu untuk bahan bacaan saya, oleh kerana tidak puas membaca ebook jadi saya daftarkakan diri dengan Anys Idayu untuk belajar. Teruja sangat dapat belajar dan berblog kerana ini merupakan pengalaman baru bagi saya. Yuran Rm 200 dengan percuma 4 ebook memang sangat berbaloi dengan ilmu dan panduan yang berguna.

Kini, saya masih giat menuntut ilmu dan saya berharap supaya dapat menghasilkan blog yang berkualiti. Bukan itu sahaja, peserta kelas blog akan di invite ke grup Belajar Asas Blog. Di samping dapat menambah kenalan baru terdapat juga info-info dan tips dari ahli lain. Oleh itu, mulakan sekarang sebelum terlambat.

Kelas Blog Mula Bisnes - Noor Azila Mohamad


Ulasan tentang blog asas dan fanpage.

Guru Online : anys idayu zakaria
protege : noor azila mohamad 
sumber :  http://noorazilamohamad.blogspot.com/2014/07/ulasan-tentang-blog-asas-dan-fanpage.html

Teks: noor azila mohamad

Alhamdulillah, akhirnya hampir selesai segala tugasan yang diberikan. Sebulan yang lalu, diperkenalkan oleh Nor Adilah kepada tenaga  pengajar ABDR, Cikgu Anysidayu Zakaria. Sebelum mengenali ABDR, saya sering mengikuti beberapa kursus untuk mula berjinak-jinak dengan bisnes. Yelah, sebelum bertindak kita kenalah persiapkan diri dengan ilmu yang perlu. Kalau tidak, umpama, terjun ke laut tanpa ilmu renang. Saya mula mengikuti kursus Dr. Azizan sewaktu mengandungkan anak pertama. Di situ saya mula membuka mata, seseorang pelajar yang mempunyai kelulusan, dengan gaji RM5k adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan seorang usahawan. Tetapi sebelum bergelar usahawan, pastikan kita memantapkan diri dengan ilmu-ilmu yang dapat membantu kita mengharungi segala cabaran dan dugaan sebelum bergelar usahawan.

Faktor yang menyukarkan saya untuk mengikuti beberapa kursus ialah masa dan anak-anak. Jika saya mengikuti kursus, suami perlu bercuti atau menghantar saya. Malah anak-anak pula, tidak pernah berjauhan walaupun hanya sehari. Pernah satu ketika, sewaktu anak pertama berusia 8 bulan, saya dan suami bawa bersama mengikuti kursus pemasaran di Kuala Lumpur. Nasib baik mereka membenarkan, tetapi hanya separuh hari saya mengikutinya, anak dah mula menunjukkan rasa tidak selesa, saya hanya membiarkan suami mengikutinya sehingga tamat.

Namun, setelah diperkenalkan dengan ABDR, saya rasa sangat bersyukur , saya dapat menimba ilmu, berkongsi pengalaman dan mampu menaikkan semangat saya untuk bergelar usahawan. Kelas asas blog dan fanpage ini cukup mudah. Saya tidak perlu lagi menyusahkan suami untuk menghantar, tidak perlu lagi  risau tentang anak-anak, semuanya hanya secara 'online'. Masa untuk belajar pun, tidak membebankan, bila-bila ada masa terluang saya akan berhubung dengan cikgu anys. Ada kalanya, saya akan luangkan masa untuk belajar, tengah malam, selepas anak-anak tidur, kadang-kadang awal pagi.Namun cikgu anys, sentiasa ada untuk membantu dan cukup memahami. Seperti kata pepatah "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".  Terima kasih juga kepada pengasas ABDR, Puan Masayu Ahmad, kerana cukup memahami keperluan suri.

Sebelum ini, saya mengenali 'bisnes online' hanya menggunakan fb. Setelah mempelajari di ABDR, saya rasa ia lebih mudah, apatah lagi jika kita dapat gabungkan kemahiran pemasaran blog dan fb. Dengan blog, kita lebih mudah untuk menghuraikan mengenai sesuatu produk, lebih mudah untuk mempamerkan produk dan service yang kita ada, dan lebih meyakinkan. Alhamdulillah, saya semakin jelas dengan halatuju untuk bergelar usahawan. In shaa Allah...

Menulis bermanfaat


http://norhafizahabdhadi.blogspot.com/2014/07/ulasan-kelas-asas-blog-dan-penulisan.html

Sudah lama saya mencari tempat menuntut ilmu tentang bekerja di rumah, sejak saya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana dan mengikut suami bertugas ke Sabah. Setelah 5 tahun di sana, kami berpindah ke Selangor dan saya masih mencari sifu tentang bekerja di rumah. Lama juga saya mengikuti tulisan-tulisan Puan Masayu Ahmad, saya bertanya itu dan ini kepada beliau serta guru online yang lain. Akhirnya alhamdulillah saya menjadi pelajar Puan Masayu.

Berada di ABDR ini bukan setakat ilmu yang saya dapat, bahkan secara tidak langsung menambah kenalan serta idea-idea luar biasa dari rakan-rakan lain. Jaringan antara blog juga semakin luas. Cara pembelajaran sangat santai dan fleksibel, semuanya secara maya. Masing-masing akan diletakkan dalam kumpulan di bawah seliaan guru dan saling bertukar pandangan sesama pelajar yang lain. Kadangkala saya terkeluar dari trek namun Puan Masayu tidak jemu memberi nasihat dan kata perangsang. Alhamdulillah akhirnya saya berjaya khatam 44 entri, tugasan yang diwajibkan untuk Kelas Asas Blog dan Penulisan. Setinggi-tinggi penghargaan buat Puan Masayu Ahmad, semoga Allah membalas dengan kebaikan.

Saya harap tidak berhenti di sini, saya ingin terus menulis dan memberi sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain melalui blog. Blog adalah dunia baru saya, masih banyak yang saya perlu gali untuk menjadi blogger hebat seperti rakan-rakan lain di ABDR. Blog juga tapak bisnes tudung saya selepas fanpage, istimewanya blog adalah promosi percuma dan lebih meluas.

Belum terlambat bagi yang belum mendaftar di ABDR, apa yang anda akan dapat sangat berbaloi dengan yuran yang dibayar. Tips dan panduan yang diberikan sangat membantu dan terarah, buktinya ramai yang sudah berjaya dengan teknik branding melalui blog. Anda akan rasai jika anda juga mendaftar di sini. Bertindak sekarang!

Ulasan Kelas Blog Bisnes - Ruslinda Jalil


Protege : Ruslinda Abdul Jalil 
Guru Online : anys idayu zakaria
sumber : http://ruslindajalil.blogspot.com/2014/07/ulasan-kelas-asas-blog-dan-fanpage.html

Ulasan Kelas Asas Blog dan Fanpage
Teks: Ruslinda Abdul Jalil

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih.

Menjadi impian setiap wanita untuk menjaga anak-anak dengan tangan sendiri di depan mata, menyambut kepulangan suami setiap masa dan menyediakan segala keperluan keluarga. Namun desakan ekonomi di kota menyebabkan ramai wanita terpaksa bekerja termasuk saya sendiri. Walaupun berkerja, hati masih rasa tidak puas hati dan gelisah memikirkan anak-anak dibawah jagaan orang lain. Sabarlah wahai hati.

Saya memang ada hasrat untuk bersara awal dari kerjaya sekarang untuk menumpukan perhatian kepada keluarga. Tambahan pula 'suasana' di tempat kerja yang tidak 'nyaman'. Jadi saya mahu membuat persediaan supaya saya tetap ada pendapatan untuk keluarga walaupun tidak bekerja dan berada di rumah.

Saya mula menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) secara rasmi pada bulan April 2014. Tetapi sebenarnya saya sudah menyelidik tentang ABDR sejak awal tahun lagi. Ketika membaca majalah Mingguan Wanita, saya terbaca penulisan Pn. Masayu Ahmad tentang bekerja di rumah. Saya tertarik dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut.

Akademi ini beroperasi 100 % secara online yang menyediakan kelas online untuk belajar cara menjana pendapatan dari rumah melalui platform blog dan fanpage niaga di Facebook. Maknanya anda hanya perlukan telefon pintar / komputer dan talian internet serta fokus untuk belajar dan berniaga!. Tidak perlu keluar ke mana-mana.

Lalu saya telah mendaftar kelas ABDR dengan menghubungi cikgu Anys Idayu Zakaria melalui sms. Banyak perkara baru yang saya pelajari. Saya tiada blog dan facebook sebelum menyertai ABDR. Saya ni rabun IT, kurang mahir tentang teknologi IT yang cepat berkembang. Tapi perlahan-lahan saya cuba menyiapkan tugasan dengan bantuan cikgu Anys Idayu Zakaria.

Bermula dengan analisa, saya cuba menyiapkan tugasan lain yang diberikan. Walaupun belum lengkap sepenuhnya tetapi saya suka dengan apa yang saya lakukan kerana kelas di ABDR ini fleksible mengikut masa saya sendiri. Saya tidak perlu keluar dari rumah atau pejabat untuk menghadiri kelas kerana ABDR adalah kelas atas talian (online). Komunikasi antara saya dan guru online juga secara one to one (personal coaching). Nota dan tutorial bergambar disediakan dalam group kelas online membuatkan saya cepat faham.

Saya belajar membina fanpage untuk bisnes butik pakaian wanita kerana saya suka melihat fesyen yang berbagai gaya. Niat saya, mungkin saya dapat memudahkan wanita lain mencari pakaian yang sesuai dengan mereka. Selain itu, saya juga dapat menjalin persahabatan baru dengan peserta ABDR dan rakan online yang lain.

Terima kasih kepada Pengasas ABDR, Pn. Masayu Ahmad kerana mencetuskan ABDR.

Terima kasih kepada cikgu Anys Idayu Zakaria yang sangat membantu serta sabar melayan pertanyaan saya.

Terima kasih juga kepada rakan ABDR dan rakan online kerana saling menyokong. Semoga semua wanita dapat memajukan diri sendiri dan mencapai matlamat suri bekerja di rumah (WAHM).

Bagi suri yang ingin berubah, mahu keluar dari zon anda sekarang atau mahu menjadi USAHAWAN, saya cadangkan anda membuat persediaan dengan menyertai Akademi Bekerja Di Rumah. Mungkin ada perubahan dalam hidup anda nanti!

Jumpa lagi :)

Ulasan Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif - Nurhidah Halun


Blog : http://nurhidahhalun.blogspot.com/
Teks : Nurhidah Halun
Gambar : Carian Google

Ulasan Kelas Asas Blog Penulisan

Terus-terang saya katakan, saya biasa menulis. Baik di muka buku, blog, dalam komputer riba atau komputer peribadi, buku catatan harian, malah di kertas kosong hatta kertas kerja pelanggan sekalipun. Pendek kata, saya memang suka menulis.

Berhenti bekerja, bukanlah keputusan yang mudah. Namun, sesuatu harus dilakukan bagi menggantikan kebiasaan bekerja agar tugas sebagai suri rumah tidak begitu membosankan bagi segelintir masyarakat seperti saya. Lalu, harapan saya tinggi. Mungkin, setinggi Gunung Kinabalu sewaktu menjelajah laman skrin ‘Google’ dan mencari buku atau nota panduan bagaimana menjadi seorang penulis dan menghasilkan karya penulisan yang terbaik.

Rezeki saya bertemu dengan laman di muka buku yang bertajuk Kelas Asas Blog Penulisan Karya Kreatif di bawah kelolaan Puan Monalita Mansor. Selepas berhubung dan mengetahui terma-termanya, saya teruja untuk mengikut sesi pembelajaran secepat mungkin.

Lalu, saya menerima pelbagai buku panduan penulisan dan senarai tugasan kelas. Saya bertindak membaca secepat mungkin agar bersedia mengikut kelas dalam masa terdekat. Angan-angan saya setinggi Gunung Kinabalu tadi sudah diletakkan sebagai matlamat.

Melalui kelas, saya diajar pelbagai perkara seperti :-
1) Perkara-perkara asas seperti pembinaan blog, pautan dan menjemput trafik yang tinggi ke dalam blog. Saya yang hanya tahu tentang asas seperti memasukkan entri dan membuat pautan sudah mengetahui lebih banyak, termasuklah mencantikkan blog dan memasukkan muzik ke dalam blog

2) Penggunaan tatabahasa dan kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan oleh seorang penulis. Penekanan diberikan kepada kepentingan tatabahasa yang betul mencerminkan kebijaksanaan penulis. Kekurangan kesilapan ini akan menarik minat penerbit untuk tujuan terbit karya, ataupun melancarkan pembacaan. Oleh itu, pelajar akan didedahkan kepada kesilapan-kesilapan ketara dalam penggunaan ‘di’, ‘dari’, ‘daripada’, tanda baca, dan lain-lain lagi.

3) Bagaimana menghasilkan sebuah cerpen yang bermutu. Penggunaan tema, plot, konflik, gaya bahasa, teknik, perlukisan latar dan pemilihan watak dan perwatakan serta format penulisan dikupas satu per satu dengan teliti dan mendalam. Oleh itu, penulis diajar dan dikerah untuk mengguna pakai semua perkara di atas ketika menyiapkan tugasan yang berupa cerpen.

4) Cara menghasilkan karya (cerpen) dengan teknik yang mantap dan menarik minat pembaca. Melalui teknik ini, tugasan akan diberikan untuk menghasilkan cerpen yang baik. Saya sendiri telah siap menulis beberapa cerpen yang dikategorikan sebagai baik dan sesuai untuk terbitan (menurut komen cikgu kelas). Bagaimanapun, saya akan peram dahulu sebelum bersedia untuk dihantar terbit.

5)  Pendedahan Melalui Sesi Bedah Karya. Di sini juga buat pertama kalinya saya berdepan dengan situasi ‘mengkritik’ karya yang dihasilkan. Setelah penat menulis dan menggarap idea, saya menyangkakan keberhasilan yang terbaik dan meminimakan kesilapan. Namun, kesilapan itu terlalu banyak yang tak terlihat oleh mata kasar sekalipun sebenarnya saya tahu. Paling menarik, kita didedahkan dengan pengurusan emosi selepas karya dikritik, dikomen, dihentam, ditegur dan diulas. Berdepan dengan para guru (termasuklah di kalangan rakan penulis sendiri) adalah lebih baik sebelum karya kita dihentam dan dikritik oleh para pembaca di luar sana.

6)  Pengenalan tentang cara menghantar karya untuk tujuan terbit dan pemilihan sasaran pembaca. Nasihat dan panduan daripada tenaga pengajar dan para penulis yang pernah berkongsi pengalaman terbit karya. Oleh itu, selepas karya dikritik dan dibaiki, kita disarankan agar menghantar kepada pihak pernerbitan yang sesuai mengikut tema cerita. Jadi, kita akan diberikan garis panduan terma-terma yang perlu diikuti selaras dengan rumah penerbitan yang dipilih.

7)  Pasukan/Jemaah pengkarya yang mempunyai angan-angan dan impian yang sama. Di sinilah saya membina pasukan jemaah penulisan untuk sama-sama berkongsi ilmu, memberi semangat dan nasihat/teguran membina serta melakar haluan penerbitan karya kami bersama. Syukur, saya temui rakan-rakan yang memberi impak yang cukup besar dalam dunia penulisan saya yang kecil ini. Sesungguhnya, inilah ganjaran yang tidak terukur nilainya pada saya.

8)  Penasihat/Pembimbing dan Editor utama. Bagi saya matlamat jangka panjang itu boleh dicapai dengan pembinaan ukhuwah yang berpanjangan terhadap sesama rakan dan guru pembimbing. Ini kerana pengalaman dan pengetahuan mereka sangat luas. Bukan sahaja dalam penulisan cerpen tetapi juga penulisan novel. Jadi, melalui kelas ini saya berasa bersyukur mempunyai guru yang boleh bertindak sebagai editor saya bukan setakat untuk cerpen bahkan untuk penulisan novel yang sedang saya usahakan. Semoga kejayaan saya akan menjadi kebanggaan para guru suatu hari nanti.

Buat Cikgu Monalita Mansor, ucapan TERIMA KASIH yang tak terhingga dari saya. Semoga Allah dapat membalas segala ilmu yang cikgu curahkan kepada saya selama ini dan akan datang. Amin.

http://nurhidahhalun.blogspot.com/

***Nota Guru - Cerpen pertama Nurhidah sudah tersiar di majalah Wadah Siswa pada keluaran no 19, bertajuk Tali Leher Pengawas. Bakal menyusul cerpen yang kedua iaitu, Air Mata Adik. Insya-Allah.

Ulasan Kelas Blog Bisnes - Sharimah Yahya

Ulasan Kelas Blog Bisnes 

Protege : Sharimah Yahya 
Guru Online : Anys Idayu Zakaria

Teks: Sharimah Binti Yahya
Foto: Koleksi Peribadi

Kelas ini sesuai untuk sesiapa sahaja. Bagi yang tidak mempunyai pengetahuan tentang blog tidak perlu risau kerana langkah demi langkah akan diajar oleh guru. 
Setiap peserta akan diberi tugasan untuk diselesaikan. Antara tugasan yang perlu diselesaikan ialah 44 entri .Tempoh tugasan adalah bergantung kepada peserta. 

Komunikasi dua hala antara peserta dan guru adalah secara online. Sekiranya terdapat kemusykilan dan pertanyaan, peserta boleh bertanya kepada guru. Guru online sentiasa membantu dalam memberi panduan dan tunjuk ajar.

Antara yang dititik berat dalam kelas ini ialah penjenamaan blog dan penulisan entri yang konsisten. Contohnya, ini adalah blog saya sebelum saya menyertai kelas iaitu MyJournal. Terdapat perbezaan yang agak ketara baik dari isi, antaramuka dan trafik blog. MyJournal beroperasi sejak tahun 2012 tetapi aliran trafik sehingga kini hanya 677. Selepas penjenamaan, blog sekarang yang hanya baru beroperasi dua minggu telah mempunyai 600 aliran. Aliran trafik ini juga penting dalam meletakkan blog kita dalam enjin carian seperti Google dan Yahoo.


Fokus entri 44


Ulasan Entri 45

Sumber : http://nazifahjamil.blogspot.com/2014/08/ulasan.html

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-NYA selesai sudah tugasan-tugasan yang diberikan oleh Akademi bekerja Dari Rumah iaitu saya berjaya menyiapkan 44 entri seperti mana yang telah ditetapkan. Bersyukur sekali lagi kerana diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan seharian dan masih terus bernafas di muka bumi ini. Selama 4 bulan saya di ABDR, Alhamdulillah saya sangat berpuas hati kerana kelas yang dijalankan secara fleksibel. Tiada had masa yang ditetapkan, di mana saja boleh menulis, yang penting ada internet.

Terima kasih di ucapkan kepada guru bimbingan saya iaitu Puan Masayu Ahmad selaku pengasas ABDR. Beliau banyak membantu saya, menjawab soalan saya tanpa jemu bertalu-talu di FB dan memberi kata semangat. Apa yang saya dapat daripada ABDR ini ialah dari segi menulis, InshaAllah tiada masalah. Kerana telah dilatih menulis sebanyak 44 entri. Cuma teknik-teknik yang lain seperti pautan dengan rakan-rakan blog, label, kategori, cara mencantikkan blog dan lain-lain lagi masih belum mahir dan saya perlu belajar lagi. Lagi pun saya perlu fokus menulis 44 entri dahulu, kata Puan Masayu.

Adakalanya bila masa terluang, saya membaca beberapa blog rakan-rakan yang lain. Seronok membaca kisah hidup orang lain. Walaupun kehidupan semua orang tidak sama, tetapi apa yang saya lihat matlamat kebanyakan rakan ABDR majoriti semuanya sama iaitu ingin menjadi Work at Home Mom (WAHM). Rata-rata semuanya ingin menjadi housewife fulltime. Begitu juga saya. Hanya wanita sahaja yang memahami wanita. Naluri dan fitrah semulajadi wanita ialah kembali ke rumah dan anak-anak. Dan itulah yang disyariatkan oleh Allah. Semoga impian kita semua tercapai, Aamin. Niat yang baik disusuli dengan usaha yang gigih pasti Allah tolong. InshaAllah pasti ada jalan.

Akhir kata, semoga saya terus konsisten dalam ABDR, berjaya mencapai impian saya, diberi rezeki yang luas serta ilmu yang bermanfaat untuk diri sendiri dan dapat berkongsi diblog ini untuk orang lain. Terima kasih sekali lagi kepada Puan Masayu Ahmad kerana mencetuskan ABDR. Semoga usaha beliau diberkati Allah, Aamin. Harapan saya agar ABDR ini terus maju kerana dengan adanya ABDR ini para suri berkongsi masalah, impian dan matlamat yang sama.

~Salam ukhuwah

Ulasan Kelas Blog Bisnes - Siti Zawiyah Rahmat

Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Protege : Siti Zawiyah

Ulasan kelas asas blog dan fanpage ABDR
Assalamualaikum,
Teks: Siti Zawiyah Rahmat

Sumber: Google

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menyelesaikan semua tugasan yang diberikan oleh guru online saya, Puan Anys Idayu Zakaria.  Ini adalah tugasan terakhir iaitu membuat ulasan mengenai kelas asas blog dan fanpage Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR).

Pada awalnya, saya tidak pernah merancang untuk mempunyai blog. Saya selesa menjadi pembaca blog untuk mencari maklumat dan juga idea resepi masakan.  Memandangkan saya seorang yang tidak pandai mengarang dan menulis, niat berblog tidak pernah ada dalam kotak fikiran saya.  Apatah lagi tulisan saya akan dibaca oleh sesiapa sahaja, perasaan tidak yakin dan segan bercambah dalam fikiran.

Namun, setiap yang berlaku adalah perancangan yang rapi daripada Dia. Saya mula berjinak-jinak dengan blog apabila saya mula menjadi ahli kepada syarikat nutrisi yang terkenal iaitu Shaklee. Dari situ, saya mula berblog lantaran sokongan daripada upline saya.

Kata  upline saya, Puan Nurul Huda Mohd Najmi, jika ingin menambah pendapatan, saya mesti mempunyai blog sebagai medium yang efektif.  Ini kerana sasaran pelanggan lebih besar jika mempunyai blog. Sudah menjadi trend sekarang, ramai orang suka melayari internet. Mereka akan mencari apa-apa maklumat yang dikehendaki di internet kerana cara itu lebih mudah, cepat dan selesa.

Saya menyertai kelas asas blog dan fanpage untuk mempelajari cara memulakan blog.  Dalam ABDR masa untuk kelas tutorial adalah sangat fleksibel. Saya boleh belajar dan ulangkaji pelajaran pada bila-bila masa mengikut kehendak saya. Nota yang diberikan adalah jelas dan mudah untuk difahami.

Tugasan 44 entry penulisan di mana saya dikehendaki menulis sebanyak 44 entry, iaitu sehari sebanyak satu entry atau lebih. Tujuannya supaya pelajar dapat menulis secara konsisten, iaitu ciri-ciri yang mesti ada pada penulis blog untuk menarik minat pembaca dan menaikkan jumlah lawatan ke blog. Tugasan ini amat berkesan kerana ia membantu membina keyakinan diri dan mengasah bakat menulis. Saya juga diajar cara menulis dengan betul dan santai agar penulisan mesra pembaca bagi mengelakkan penulisan yang syok sendiri yang tiada isi dan manfaat.

Saya bersyukur kerana diberi kesempatan mempelajari ilmu ini daripada guru saya. Di kesempatan ini saya berharap lebih ramai peserta yang akan menyertai ABDR kerana ianya bagus sebagai ilmu asas berblog.

Sharing is caring,
Siti Zawiyah
0123639665

Kelas Blog Penulisan - Natrah Mohamed

Ulasan kelas Blog Penulisan
Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Protege : Natrah Mohamed
Sumber : http://www.natrahmohamed.com/2014/09/ulasan-kelas-asas-blog-abdr.html

Teks: Natrah Mohamed

Bagaimana saya mengenali ABDR ini?

Eh, ABDR apa?

Akademi Berkerja Dari Rumah.

Di asaskan oleh Pengetuanya iaitu Puan Masayu Ahmad.

Sebenarnya saya sudah lama terfollow Puan Masayu ini. Rasanya sejak 2008 lagi. Sejak saya kenal beberapa rakan blogger. Saya jumpa link ke blog Puan Masayu iaitu, Naufalsayang.blogspot.com. Masa itu, saya suka membaca blog-blog. Blog Puan Masayu adalah blog yang saya follow dan letakkan link di blog saya. Hanya beberapa blog saja saya letakkan link mereka. Mereka semua saya kenal di alam nyata. Tapi Puan Masayu saya tidak kenal di alam nyata. Apa yang menarik sangat untuk saya follow blog beliau? Kerana beliau menulis dan update hampir setiap hari. Kerana beliau sedang memperjuangkan berkerja dari rumah.

Tahun 2010, saya melahirkan anak sulung. Rasanya Puan Masayu juga bersalin tahun yang sama. Satu-satunya anak perempuannya. Beliau berpindah ke Kelantan dan mula mempromosi Akademi Berkerja Dari Rumah. Saya waktu itu, berbelah bahagi dan tidak yakin. Hanya mengikuti secara jauh. Setiap hari Puan Masayu update perkembangan kelasnya di FB. Saya masih hanya pembaca dan penglike setia. Cita-cita kecil saya mahu menulis, tapi tak tahu apa yang mahu ditulis, jadi saya mengikuti penulis-penulis secara dekat tetapi senyap. Blog yang entah ke berapa saya buat: JurnalNM dibuat bagi memenuhi impian menulis itu. Saya namakan JurnalNM kerana saya tahu ia bakal dipenuhi dengan pelbagai maklumat dan entry yang bercampur aduk. Entry awal saya dalam blog ini adalah cerpen yang sangat pendek. Hehehe.

2 tahun saya tinggalkan blog itu, akhirnya saya kembali buka dan update. Sejak saya menyertai Shaklee. Saya mula menulis dan berkongsi tentang Shaklee. Tapi, tidak konsisten. Saya upah kawan baik saya yang kretif untuk tolong hiaskan.Boleh jenguk blog Nabilah Ahmad iaitu Tautan Hati Nabilah Hasyim untuk menilai betapa rajin dan kreatifnya dia. Sebotol ESP upah yang saya tawarkan.

Saya perlu mencari kekuatan dan sokongan untuk terus update blog. Jika tidak, ia bakal menjadi tukun tiruan. Setiap hari, di newsfeed FB saya sering melintas status Puan Anys Idayu Zakaria yang bercerita tentang ABDR. Akhirnya saya ambil keputusan bertanya lanjut. Dengan penuh sopan santun, lemah gemalai saya PM Puan Anys :)


Saya tak kenal Puan Anys sebenarnya. Tapi kerana statusnya sering melintas di newsfeed, akhirnya menarik saya menyertai ABDR. Tapi, sebelum menyertai, saya ambil masa yang lama. Kerana, saya perlu buka blog baru dan tinggalkan blog lama. Walaupun Puan Anys nasihatkan saya gunakan kedua-dua blog, namun saya tahu, tak kan ku mampu menjaga kedua-duanya serentak.
Akhirnya saya sertai ABDR dan mula mengikut tutorial yang diberi. Buat blog dengan nama sendiri sebagai url blog, update blog setiap hari, letak pop up FB fanpage, letak gambar ABDR.  Kenapa nama sendiri? Kerana ia membantu penjenamaan. Syok juga letak nama sendiri. Hihi..

Semakin hari saya mula yakin untuk menulis kerana tahu fokus. Saya hanya perlu update dan buat entry tentang Panduan Penjagaan Anak di Rumah. Ia tajuk blog saya. Selang seli dengan entry produk Shaklee serta aktiviti berkaitannya. Kadang-kadang berlari-lari anak juga dari fokus tajuk. Tapi saya usahakan cukup 44 entry untuk graduasi dari kelas ini.

Alhamdulillah, setiap entry saya di blog, Puan Anys kongsikan kembali di FB. Dengan cara itu, pengunjung ke blog saya makin bertambah dari hari ke hari. Suka tau ! Jika blog dulu, agak lambat untuk naikkan jumlah pelawat. Sekarang dengan bantuan Puan Anys serta sahabat-sahabat dalam ADBR yang sama-sama bertukar link di blog masing-masing, ia menjadi cepat dan mudah. Tapi, kena rajin update entry la kan?

Pelajar perlu siapkan 44 entry untuk layak masuk ke group alumni ABDR. (44 entry ye. Bukan 44 hari berpantang !) Genap 44 entry sudah lama. Syarat terakhir, saya perlu menulis ulasan tentang kelas  ABDR ini. Sebab itulah, saya bersengkang mata menyiapkan ulasan ini.

Ok, itu saja ulasan saya.

Ayat terakhir yang mahu diberitahu, tak menyesal sertai ABDR !

Selamat berjaya geng ABDR semua.

Natrah aka Mama Nasih

Menulis tanpa tekanan


Nama Pelajar : Azlina Hariri
Blog : http://azlina-hariri.blogspot.my/

Ulasan
Alhamdulillah..

Tamat tugasan terakhir yang diserahkan kepada saya selaku pelajar on-line. Dan tugasan setelah menulis sebanyak 44 entri, saya perlu memberi ulasan mengenai kelas on-line kami.

Pertama.

Selaku pelajar, apa yang begitu saya suka adalah tiadanya desakan dalam menyelesaikan penulisan saya. Puan Guru tidak putus-putus berkongsi sebanyak petua untuk kemudahan pelajar-pelajar on-line. Dalam masa yang sama, saya tidak pernah ditekan dari sudut masa dan emosi untuk menyelesaikan mana-mana tulisan dalam waktu yang tertentu.

Kedua.

Saya bebas berkarya. Tiada paksaan untuk menulis hanya tajuk-tajuk tertentu bagi mengasah bakat yang hanya baru mahu mula tumbuh ini. Apabila tiada sekatan yang dikenakan, saya merasakan ianya lebih mudah dan semulajadi untuk menulis. Juga bebas memilih apa sahaja kisah yang saya sedia untuk berkongsi.

Ketiga.

Kebebasan dalam bertanya. Saya juga merasakan ini salah satu faktor yang penting untuk memotivasikan pelajar yang baru serta kurang yakin untuk mula-mula menulis. Ini kerana adanya perasaan malu untuk berkongsi kisah dan tulisan kita kepada orang lain. Puan guru bersedia untuk menjawap setiap persoalan dari masa ke semasa. Perhatian ini sangat diperlukan untuk pelajar-pelajar baru.

Keempat.

Saya dapat berkenalan dengan lebih ramai lagi penulis-penulis baru yang mempunyai bakat yang tersendiri. Dengan mengenali mereka, secara peribadi saya dapat belajar dan mencari lebih banyak idea dalam kehidupan seharian. Tidak terhad dalam urusan kekeluargaan malah dalam urusan perniagaan bagi menjana pendapatan sebagai suri rumah.

Saya, secara peribadi merasakan banyak maklumat yang saya dapat kutip untuk diri saya sendiri. Dan setakat ini saya sangat berpuas hati dengan kelas saya dan saya berharap boleh menulis dengan lebih giat dan berkongsi lebih banyak pendapat peribadi saya.

Sekadar itu dahulu. Setiap yang baik itu datangnya dari Dia yang membenarkan setiap kebaikan itu datang. Dan kelemahan itu adalah milik yang bernama hamba.

Terima kasih cikgu.

Azlina Hariri.

Ulasan Kelas Asas Blog Penulisan - Norzalina Hamzah


Guru Online: Aishah Hussein
Protege: Norzalina Hamzah
Sumber: http://norzalinahamzah.blogspot.com/2014/09/ulasan-kelas-asas-blog-penulisan.html

Subhanallah Alhamdulilllah Allahuakbar
Selesai sudah 44 entri sebagai kejayaan pertama di akademi. Walaupun baru langkah pertama, terasa bangga benar dengan diri sendiri. Rasa macam naik pangkat pula. Rasa bersemangat untuk terus menulis dan melangkah ke peringkat seterusnya. Terima kasih Puan Aishah selaku Guru Online saya. Entri pertama 13 Julai 2014 dan entri ke-44 pada 12 September 2014. Walaupun perlukan 60 hari untuk selesaikan 44 tugasan, namun tetap teruja dan berharap momentum ini akan berterusan.

Kelas asas blog dan penulisan dimulakan dengan penjenamaan dimana nama sendiri digunakan sebagai URL blog dan email. 8 soalan analisis diajukan dan kita perlu menjawabnya. Analisis ini bertujuan mengkaji minat dan kebolehan seseorang peserta untuk digunakan sebagai tajuk utama blog nanti. Di sini pentingnya komunikasi dan diskusi bersama Guru Online bagi mendapatkan keputusan terbaik. Blog yang dihasilkan perlu menepati piawaian yang telah ditetapkan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR).

Pelabagai tips penulisan diapliksasikan dalam menulis entri. Penggunaan Bahasa Melayu perlulah formal. Penggunaan tatabahasa dan tanda baca yang sesuai ditambah dengan penulisan yang santai menarik pembaca datang ke blog. Selain belajar menulis dengan baik, peserta juga berpeluang belajar membuat blog.

Untuk mengekalkan momentum menulis, beberapa tips dikongsi. Antaranya tulis perkara yang positif. Walaupun perkara yang sedih, tukarkan kepada aura positif. Apabila terfikirkan sebarang idea baru untuk menulis, segera catatkan pada buku nota kecil yang sentiasa dibawa, atau pada telefon bimbit supaya tidak terlupa nanti. Perlu baca banyak buku dan buat rujukan untuk mendapatkan idea-idea baru dan segar. Tulis sahaja apa ada di minda, semak dan terus "publish". Sesekali perlu selitkan cerita untuk menambah seri pada entri-entri diblog.

Sokongan dari Puan Aishah sangat membantu. Berpandukan komen dan maklumbalas beliau, kita akan rasa bersemangat untuk terus menulis dan memastikan kesilapan-kesilapan dalam penulisan tidak dilakukan. Beliau sering kongsikan entri yang ditulis di facebook dan ini banyak membawa trafik ke blog. Apa yang penting perlu fokus kepada tajuk atau niche blog.

Kejayaan pertama sudah di tangan. Langkah seterusnya pula target pendapatan konsisten sehari selama 44 hari seperti saranan Puan Aishah dan Puan Pengasas. Moga mimpi jadi nyata!

Pengalaman Kelas Asas Blog Penulisan


Teks: Hifzaila Hafni

Sumber : http://hifzaila.blogspot.com/2014/10/throwback-thursday-1-pengalaman-kelas.html

Saya mula mendaftar kelas asas blog penulisan seingat saya Februari 2014. Apa yang mendorong saya mendaftar kelas ini?

Saya mahu menulis secara serius, menulis blog bagi menjana pendapatan sampingan. Bagaimana blogger dapat menjana pendapatan...? Saya tak tahu. Sebab tu saya masuk kelas ni dan belajar sebanyak mana yang boleh. Lagipun, bukan saya tak pernah menulis blog, cuma blog yang ada sekadar di pinggiran saja (untuk suka-suka).
Dah hampir 9 bulan sejak saya mendaftar kelas ini, dan alhamdulillah telah siap semua tugasan. Disebabkan tema hari ini adalah throwback, marilah mengenang kisah silam sekejap ye.

Saya mulanya berniat untuk kembangkan bakat menulis. Saya bukanlah pandai menulis cuma saya suka menulis. Tapi sejak dah beranak kecil ni, saya dah jarang menulis. Maka hilang satu cara saya 'escape' daripada kehidupan saya sehari-hari. Saya juga tak pandai nak membebel (ye ke?) dan salah satu cara saya membebel melalui penulisan. Tapi saya tulis untuk simpanan sendiri dan kongsi dengan kawan-kawan rapat je. Tak ada niat nak jana pendapatan atau berbisnes pun melalui blog. Semata-mata menulis. Cita-cita biasalah nak tulis buku lah, artikel majalah lah...tapi tak tahulah jika masa depan Allah makbulkan cita-cita sekian lama tu.

Bila dalam kelas asas blog ni, kelas online saja. Hanya ikut tugasan yang dah ditetapkan langkah demi langkah. Ikut masa sendiri, masa adalah fleksibel dan jika cepat anda siapkan tugasan, cepatlah habis kelas. Jangan rasa terbeban sangat dengan tugasan-tugasan ni, bukannya cikgu online nak marah pun sebab tak ada had masa nak kena siapkan. Cuma, sayang kalau tak siapkan sebab kita dah bayar. Rugi.

Saya ambil pakej RM200. Saya memang dah niat nak mula kelas ni bila saya dapat bayaran kerja-kerja freelancing saya. Alhamdulillah dengan pelaburan yang dibuat. Saya dapat lebih daripada apa yang saya bayar. Saya bukan setakat belajar menulis blog (bagi yang memang pro, tak mengapalah, tapi saya tidak), saya belajar berbisnes kecil-kecilan dan dropship sebab pakej RM200 ni automatiknya saya jadi Rakan Niaga juga. Iaitu belajar menulis blog dan berbisnes dengan mempromosi produk-produk Akademi Bekerja Di Rumah. Mula-mula memang tak tahu macamana nak buat bisnes ni, tapi bila dah lama-lama, akan terbiasa dan mula faham. Hinggalah saya bina kedai online saya sendiri - Hif Online Store; yang kini produk utamanya adalah pek nasi arab segera jenama Al-Bayt; di samping produk-produk makanan yang lain.

Bermula dengan hanya niat tulis blog dengan serius, melarat ke bisnes dan menambah jaringan kenalan. Juga mengenali orang-orang yang hebat dan usahawan-usahawan yang berjaya. Bergaullah dengan orang yang berjaya supaya kita juga suatu hari nanti akan berjaya seperti mereka. Insya Allah.

Guru online : Zaila Mohamad

Selesai 44 entri

Nama Pelajar : Hazwani Abd Hamid

Bismillah.. Assalammualaikum..

Sedar tidak sedar perjalanan kelas saya sudah sampai ke penghujungnya. 44 latihan penulisan yang saya mulakan Mac lepas kini sampai ke garisan penamat. Almaklumlah, saya orang akaun, jika diberi permasalahan matematik cepat saya menghabiskannya tetapi bab penulisan ini, dari sekolah rendah saya dah angkat bendera putih. Penulisan adalah perkara baru buat saya, disebabkan tekad saya berusaha untuk "graduate".

MATLAMAT AWAL
Sebenarnya dari dahulu saya bercita-cita menjadi seorang pendidik. Tahun demi tahun, walaupun saya tidak ke arah itu tetapi jiwa mendidik tetap ada. Bagi saya, menjadi pendidik bukan semata-mata menjadi seorang guru tetapi ianya lebih dari itu. Apa yang penting, ilmu didada. Dengan ilmu yang ada, kita boleh berkongsi dengan ramai orang. Bila kita berkongsi ilmu, ilmu itu makin bertambah tidak akan berkurang walau sedikitpun. Ajaib bukan?

Ulangtahun graduasi saya yang ke-sepuluh tahun ini, menyaksikan beberapa perubahan dalam kehidupan saya. Bisnes saya semakin stabil dan bermula tahun lepas saya ada mendapat permintaan untuk mengajar akaun. Saya sambut permintaan itu dengan besar hati kerana itu bermakna, saya telah mencapai cita-cita saya iaitu menjadi seorang pendidik. Malah pelajar-pelajar yang rata-ratanya usahawan ada menggelarkan saya cikgu dan tidak kurang juga yang memberi ucapan ketika Hari Guru tempoh hari. Berbunga rasa di hati hanya Allah sahaja yang tahu.

Bertitik tolak dari peristiwa itu, saya sering mendengar rintihan mereka yang mahu belajar akaun tetapi mempunyai masalah untuk hadir ke kelas. Pada mulanya saya bersikap dingin kerana bagi saya untuk mencari ilmu, seseorang itu perlu mencari "guru" bukannya guru yang mencari anak murid. Sejenak berfikir, saya fahami mereka, kasihan pada mereka. Jika saya tidak membuka ruang kepada mereka, siapa lagi yang patut mereka tuju.

Dari situlah saya berhasrat untuk menulis ebook, supaya saya boleh tukarkan situasi di kelas ke dalam ebook dan supaya mereka boleh mendapat manfaat seperti mereka yang hadir ke kelas saya. Alhamdulillah, saya bertemu dengan kak Masayu Ahmad dari Team Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) dan memperkenalkan saya dengan Kelas Asas Penulisan ini. Benar, saya memang perlu melatih penulisan saya supaya ianya benar-benar sampai kepada pembaca.

SESI PEMBELAJARAN
Skil penulisan yang lemah membuatkan saya terkulat-kulat pada awalnya. Setiap kali mahu memulakan penulisan, lama saya merenung laptop tetapi tiada idea yang keluar. Saya kembali kepada nota kak Masayu Ahmad, baca perlahan-lahan dan saya tarik nafas dalam-dalam. Saya mencari mood penulisan dengan cuba untuk melihat dunia sekeliling. Lama saya ambil masa untuk bersedia kembali untuk menulis dengan lancar. Cemburu dengan penulisan Rakan ABDR yang lain tidak boleh disangkal lagi. Penulisan mereka lancar seperti keluar sebutir-butir dari mulut mereka sendiri. Kagum saya..

Saya rasa mungkin saya adalah dikalangan pelajar ABDR yang paling lewat "graduate". Mengapa saya katakan demikian? Sebab saya mulakan kelas pada Mac 2014 dan November 2014 baru saya dapat menyiapkan tugasan 44 entri. Maknanya sebulan saya hanya boleh siapkan 5 ke 6 entri sebulan. Tragis kan? Pengalaman yang amat bernilai.

MANFAAT KELAS
Saya mula menjadikan penulisan ini sebagai rutin. Apa sahaja yang saya terfikir tika itu, terus saja saya buka ipad untuk menulis. Ilham itu hadiah dari Allah, dengan niat untuk saya sedarkan masyarakat bisnes untuk jaga bisnes mereka baik-baik. Mungkin kerana niat itu, saya mudah untuk memberi penulisan yang panjang lebar. Apabila menulis, saya tak sedar pun penulisan saya telah sampai ke penghujung kerana kini saya sudah mula rasa seronok menulis! ^_^

Apabila banyak perkara yang saya tulis berkenaan akaun, ianya mudah bagi saya untuk kongsi bersama rakan-rakan Facebook yang lain. Sekurang-kurangnya mereka tidak bosan kerana saya tidak menulis berjela-jela di Facebook. Jika mereka mahukan maklumat, mereka akan terus ke blog saya. Insya-Allah.

Kelas Asas Penulisan ini melatih diri untuk menulis dengan lebih baik. Orang kata; "practise makes perfect". Bila banyak kali menulis, kita boleh elakkan dari menulis sesuatu yang tidak seronok dibaca oleh pengunjung. Kita juga boleh pilih cerita apa bagus untuk dikongsikan atau tidak. Teringat saya pesanan Kak Masayu Ahmad yang terkesan di hati. Antaranya;




TERIMA KASIH
Jutaan terima kasih kepada Team ABDR terutama sekali Kak Masayu Ahmad yang sangat cool mengendalikan Kelas Asas Penulisan dengan hanya secara online. Semoga usaha murni akak dalam membantu ramai wanita yang mahu bekerja dari rumah dipermudahkan. Doakan saya dapat menulis ebook "bestseller" seperti ebook-ebook yang akak tulis. Halalkan ilmu akak kepada saya dan saya mohon maaf segala kekurangan.

Alhamdulillah.. Bersyukur ke hadrat ilahi..

Amin..
Sumber : http://hazwaniabdhamid.blogspot.com/2014/11/selesai-44-entri.html

1 Mac 2018

Jana pendapatan melalui blog


Blog : https://atiqah-hamidi.blogspot.my/

Assalamualaikum wbt..

Teks : Nor Atiqah Hamidi

Keinginan untuk berhenti kerja terpancul selepas saya membaca satu kisah di laman Facebook. Kisah yang membuka mata saya mengenai wanita bekerja. Mengenai kepincangan masyarakat yang berlaku, keruntuhan rumahtangga dan peranan isteri dalam islam yang sebenarnya. Saya terpinga sewaktu membaca artikel tersebut. Sangat membina. Ketika itu pula suami ditugaskan ke luar negeri. Jadi saya rasa sudah sampai masa saya berhenti kerja dan menjalankan tanggungjawab yang sepenuhnya sebagai seorang isteri dan ibu.

Ketika itu saya masih menjelajah di internet mengenai bekerja dari rumah. Semua saya buka dan baca. Satu-satu blog dan laman web saya baca dan fahamkan. Tekad ketika itu 2015 saya mahu berhenti kerja. Tetapi saya mahu menjana pendapatan dari rumah. Bukan duduk goyang kaki sahaja. Akhirnya saya terjumpa blog kak Aishah Hussein. Beliau bercerita mengenai bekerja dari rumah sambil menjana pendapatan dengan penulisan blog. Wah. Sangat menarik. Ketika itu saya sudah mahu berkongsi mengenai penyusuan susu ibu. Saya menjelajah lagi ke blog-blog alumni. Akhirnya saya mendapati bahawa rakan pejabat saya iaitu Puan Kizeewatty ada dalam list ini. Tanpa membuang masa saya terus bertanya kepada beliau mengenai Akademi Bekerja Di Rumah.

Pertanyaan demi pertanyaan saya ajukan sebelum saya menyertai ABDR. Akhirnya pada bulan February 2014, saya menyertai Akademi Bekerja Di Rumah dibawah guru online saya iaitu Puan Nisa. Alhamdullillah, perjalanan untuk berhenti kerja nampak semakin cerah bila bersama-sama dengan mereka yang bekerja di rumah juga. Saya mulakan entry pengenalan diri dan seterusnya hinggalah ke blog perniagaan saya. Semuanya berkat tunjuk ajar rakan-rakan ABDR.

Mungkin anda tertanya apakah sebenarnya ABDR ini.

  • Secara ringkasnya Akademi Bekerja Di Rumah ini adalah satu kumpulan sokongan atau satu kelompok khususnya para suri yang bekerja di rumah. 
  • Kami bergabungan bersama dengan 600 blog peserta, 21 kelas dan 13 guru online yang berdedikasi. Operasi ABDR adalah 100% secara online (atas talian) dengan menawarkan kelas online untuk menjana pendapatan dari rumah melalui platform blog dan fanpage niaga di Facebook. 
  • Kelas online yang dijalankan adalah berbentuk tutorial. Setiap protege (peserta) akan dibekalkan Ebook belajar asas blog sebagai rujukan utama. 
  • Protege akan dimasukkan dalam group kelas online di laman facebook dan komunikasi antara protege dan guru online adalah secara one to one (personal coaching). Nota dan tutorial bergambar juga disediakan di dalam group kelas online tersebut. 
  • Jadual kelas online adalah fleksibel mengikut masa dan kesediaan protege sendiri untuk mula kelas. 
  • Peserta ABDR adalah di kalangan yang mempunyai pelbagai latarbelakang pendidikan dan pengalaman.

Allahuakbar. Perjalanan saya untuk berhenti kerja nampaknya semakin cerah. Saya tahu saya akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan persaingan dalam perniagaan. Tetapi bukankah Allah ada dengan saya. Allah akan tolong saya. Dengan syarat saya mesti berdoa dan berusaha. Jadi kepada suri berkerjaya jangan takut untuk berhenti kerja. Fikirkan tentang anak, fikirkan tentang suami. Anda akan jumpa jalannya. Insyaallah. Semoga entry saya kali ini dapat membuka mata anda untuk memulakan langkah pertama untuk menjadi Work at Home Mother (WAHM)

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage

Guru Online : Zaila Mohamad

Sumber : http://norfahdillahtullelakhalil.blogspot.com/2014/01/perjalanan-hidupku-sebagai-blogger.html

Bismillah.

Assalamualaikum.

Jujurnya sebelum ini memang saya pernah mempunyai blog sendiri tapi tiada isi kandungan yang berkualiti kerana blo yang dihasilkan dulu sekadar untuk cuba-cuba sahaja. Dulu saya sangat kagum dengan rakan-rakan yang pandai menulis dan menjadikan blog mereka cantik dengan gadget-gadget yang menarik tambahan lagi sekarang telah lahir ramai 'selebriti' blog yang popular seperti Fatin Liyana dan Hanis Zalikha. Memang sebelum ini pernah bercita-cita untuk jadi blogger popular seperti mereka tapi apakan daya tahap kepakaran dalam penulisan kreatif sangatlah lemah.

Saya juga mempunyai masalah yang sangat berat iaitu sukar untuk berkongsi kisah hidup kepada orang lain, inikan pula perlu buat karangan mengenai kisah hidup dan disiarkan diinternet untuk tatapan satu dunia serta mengharapkan lebih ramai yang akan baca kisah hidup kita.

Pada 10/10/2013 bermulalah perjalanan hidup saya sebagai penulis blog secara serius serta mempunyai hala tuju yang jelas. Pada hari tersebut saya telah mendaftarkan diri sebagai pelajar kepada cikgu dalam penulisan blog iaitu Pn. Zaila Mohamad. Kelas yang diadakan sangat flexible, tiada waktu-waktu tertentu yang ditetapkan. Kak Zaila juga merupakan cikgu yang sangat peramah dan beliau akan menjawab kesemua soalan dengan penuh komitmen.

Pada permulaan kelas memang terlalu banyak soalan yang saya tanyakan kepada kak Zaila. Beliau juga pasti akan menjawab sehingga saya betul-betul faham. Masalah utama yang saya hadapi semestinya cara penulisan yang betul. Untuk entri yang pertama memang sangat banyak kesalahan yang saya lakukan. Kata nama diri yang sesuai pun diajar oleh kak Zaila. Cara penceritaan serta isi kandungan juga penting. Cara-cara untuk masukkan gadget-gadget utama dan sesuai dengan blog kita juga diajar. Kini saya tahu bahawa blog yang cantik tidak semestinya akan menarik minat pembaca untuk ikuti blog kita tetapi isi kandungan yang menarik dan mudah difahami itu yang penting.
Setelah mendaftar dalam kelas blog ini, secara automatiknya saya berada dalam Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Pada mulanya saya tidak faham apa kaitannya ABDR dengan blog. Setelah berkomunikasi dan berkenalan dengan beberapa orang ahli ABDR baru saya faham bahawa kebanyakan penulis blog yang berada dalam ABDR adalah suri rumah yang sesetengahnya pernah bekerja serta memegang jawatan tinggi dan mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Mereka menggunakan pelbagai medium untuk memasarkan hasil kerja mereka dan salah satu caranya adalah melalui penulisan blog. 

Di Akademi Bekerja Dari Rumah, setiap ahli akan memberi sokongan antara satu sama lain kerana tidak semua wanita yang bekerja dirumah akan dipandang tinggi oleh orang diluar sana. Diharap melalui perkongsian perjalanan hidup bekerja dari rumah melalui blog ini akan membantu dan memberi garis panduan kepada para wanita yang ingin mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah sahaja.

Melalui pengalaman saya yang bekerja dari rumah ini, blog merupakan medium yang sangat-sangat berkesan dari segi pemasaran dan yang paling penting salah satu cara untuk saya memperkenalkan diri kepada pelanggan dan bakal pelanggan secara tidak langsung. Secara realitinya, saya tidak mampu untuk bersua muka dan bercerita kisah perjalanan bisnes bakeri saya pada setiap pelanggan. Dengan cara menulis blog ini, para pembaca akan dapat membaca perjalanan bisnes saya dengan lebih jujur dan terperinci.

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk belajar menulis blog secara serius dan mungkin ada cita-cita untuk bekerja dari rumah boleh sertai kami di Akademi Bekerja Dari Rumah dan menjadi salah seorang pelajar kelas asas blog bersama cikgu Pn. Zaila Mohamad. Jangan segan-segan untuk hubungi Pn. Zaila melalui FB beliau (FB: Zaila Mohamad).

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca dan mengikuti blog ini. ;)

KELAS ONLINE BLOG BISNES - EKO SALINA

Nama Pelajar: Eko Salina
Guru Online : Ayns Idayu Zakaria

Testimoni Akademi Bekerja Di Rumah

Salam ceria :)

Setiap wanita pasti mengimpikan untuk menjadi seorang 'Working At Home Mom' (WAHM) sebagai karier terbaik. Namun untuk mencapai impian sebagai WAHM banyak perkara yang harus difikirkan. Beberapa faktor perlu diambil kira sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

Melihat pengorbanan anak-anak yang sejak kecil yang terpaksa ditinggalkan bersama pengasuh kadang kala membuatkan hati ini diragut pilu. Apatah lagi bila menyerahkan anak pada pengasuh, pasti si kecil menangis tanda ingin bersama ibu tersayang. Hati mana tidak sedih, namun ku pujuk hati ini agar menjadi ibu yang tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

Bertitik tolak daripada itu, mulalah pencarian untuk mencari peluang perniagaan sebagai persediaan untuk menjadi WAHM. Bagi memulakan perniagaan yang besar, modal tidak ada. Apatah lagi untuk memasarkan produk, blog pun tidak ada. Walaupun kini pelbagai medium sosial yang boleh digunakan untuk menjalankan perniagaan online namun diri ini masih dalam kebuntuan. Ingin membina blog tetapi terfikir juga, berapa sangat lah pembaca yang akan membaca tinta ku ini. Segalanya ku pendam sahaja.

Hinggala pada satu saat, daku ternampak di Facebook Pn Masayu Ahmad. Beliau merupakan pengasas Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Pada mulanya memang tidak memahami apakah perniagaan yang dijalankan di ABDR ini sehinggalah daku membeli ebook beliau iaitu Janawang dari rumah dan dari situ lah daku mula mengikuti perkembangan ABDR. Daku melaburkan wang sebanyak RM200 untuk mendapatkan ilmu di akademi ini. Padaku setiap pelaburan pasti akan membuahkan hasil yang baik. Ternyata pilihan ku tepat.

Akademi Bekerja Di Rumah bukan setakat mengajar dan membimbing untuk membina blog dan juga penulisan malah lebih dari itu. Melalui penulisan yang kosisten kita dapat berkongsi cerita atau ilmu melalui blog yang kita bina yang mana melalui perkongsian secara tidak langsung dapat memberi penyelesaian kepada pembaca.

Guru di ABDR yang berpengalaman dan tidak jemu dalam membimbing anak muridnya tidak kira siang atau malam dan juga di hujung minggu. Semua ini dibimbing dengan baik dan secara 'personal coaching' agar anak muridnya faham dan dapat melaksanakan tugas dengan baik. Semua ini diajar melalui kelas online iaitu di Facebook dan mengikut kesesuaian waktu kita. Waktu yang fleksibel dan sangat sesuai bagi suri yang bekerja. Tidak perlu meninggalkan rumah dan urusan rumahtangga. Hanya bermodalkan internet, laptop, hanphone atau tab segalanya hanya dihujung jari sahaja.

Lebih menarik lagi, daku diajar untuk mula bisnes. Walaupun bermula dengan bisnes yang kecil dan tanpa modal sekurang-kurangnya daku dapat belajar bagaimana untuk mempromosikan sesuatu produk di dalam blog atau di laman sosial lain. Ianya sangat mengujakan, lebih-lebih lagi ada pembeli yang membeli produk kita. Dari situ lah kita boleh mula menabung melalui hasil komisyen yang kita perolehi.

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan menyertai ABDR daku sudah mempunyai produk sendiri iaitu Lulur Tradisional. Walaupun hanya bisnes secara kecil-kecilan namun melalui ABDR ini daku dapat berkongsi produk di blog ini dengan lebih 1000 blogger yang mana merupakan protege ABDR. Inilah keistimewaan ABDR, secara tidak langsung dapat membantu aliran trafik ke blog kita.

Terima kasih kepada pengasas dan guru ABDR untuk bimbingan yang berterusan dan tanpa mengenal erti jemu. Semoga melalui ABDR ini, ia merupakan satu platform bagi suri sepenuh masa untuk menjana pendapatan dari rumah dan bagi suri bekerja untuk keluar dari zon selesa iaitu dari makan gaji kepada WAHM.

Semoga melalui perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu para suri di luar sana :)