26 Februari 2018

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage (Mula Bisnes) - Pn Wani


Nama pelajar : Nor Shazwani Aziz

Guru Online : Zaila Mohamad

Blog : http://shazwaniafiq.blogspot.com/

Saya mulakan dengan Bismillah.

Assalamualaikum.

Jujurnya sebelum ini memang saya pernah mempunyai blog saya sendiri tapi tiada isi kandungan yang berkualiti kerana blog yang dihasilkan dulu sekadar untuk suka-suka dan hanya di buat sebagai diari kehidupan saya ketika saya remaja dahulu untuk mengisi masa terluang. Saya tertarik dengan blog yang banyak gadget dan blink-blink. Tapi itu dahulu, ketika saya remaja. Selain itu, saya tidak la begitu baik dari segi penulisan. Nama yang saya gunakan juga tidak melambangkan diri saya yang sebenar. Semuanya adalah samaran.

Saya juga mempunyai masalah yang sangat berat iaitu sukar untuk berkongsi kisah hidup kepada orang lain kecuali bersama keluarga dan rakan yang paling baik, inikan pula perlu buat karangan mengenai kisah hidup dan disiarkan diinternet untuk tatapan satu dunia serta mengharapkan lebih ramai yang akan baca kisah hidup kita.

Saya sudah berhenti kerja pada tahun 2014 kerana mempunyai masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan. Sepanjang permulaan saya yang menjadi suri rumah sepenuh masa, saya selalu terfikir bagaimana saya hendak membantu suami saya dari segi kewangan dan juga untuk duit poket sendiri. Dengan modal yang saya keluarkan hasil dari pekerjaan saya yang tedahulu saya berniaga secara kecil-kecilan. Tapi semua itu saya merasakan seperti bersifat sementara, kerana saya perlu mempunyai modal dan produk yang banyak untuk di jual kepada pelanggan.

Pada Januari 2015, ketika itu saya sedang membaca satu penulisan di facebook, saya tertarik dengan kelas asas dan fanpage. Saya terus mencari facebook puan zaila Mohamad, dan dari situlah bermulalah perjalanan hidup saya sebagai penulis blog secara serius serta mempunyai hala tuju yang jelas. Pada hari tersebut saya telah mendaftarkan diri sebagai pelajar kepada cikgu dalam penulisan blog iaitu Pn. Zaila Mohamad. Kelas yang diadakan sangat flexible, tiada waktu-waktu tertentu yang ditetapkan. Puan Zaila juga merupakan cikgu yang sangat peramah dan beliau akan menjawab kesemua soalan dengan penuh komitmen dan jelas.

Lebih-lebih lagi saya sangat berminat dengan perniagaan. Tapi saya mempunyai sifat pendiam dan pemalu untuk memperkenalkan barangan dan produk yang saya ada. Sebelum ini, hanya jual kepada rakan-rakan sekerja & saudara mara. Tapi semua itu, belum mendapat kepuasan yang sebenar sebagai seorang yang ingin memulakan perniagaan, kerana berniaga dengan saudara mara dan rakan-rakan perlu mempunyai kesabaran yang sangat tinggi kerana kita kena letak harga yang masyarakat melayu selalu gunakan iaitu 'harga anak beranak'.

Pada permulaan kelas memang terlalu banyak soalan yang saya tanyakan kepada Puan Zaila. Beliau juga pasti akan menjawab sehingga saya betul-betul faham. Masalah utama yang saya hadapi semestinya cara penulisan yang betul. Untuk entri yang pertama memang sangat banyak kesalahan yang saya lakukan. E-mail, fanpage dan nama blog yang saya gunakan tidak menunjukkan diri saya yang sebenar. Kata nama diri yang sesuai pun diajar oleh Puan Zaila. Cara penceritaan serta isi kandungan juga penting. Cara-cara untuk masukkan gadget-gadget utama dan sesuai dengan blog kita juga diajar dari mula sehingga lah akhir tugasan. Kini saya tahu bahawa blog yang cantik tidak semestinya akan menarik minat pembaca untuk ikuti blog kita tetapi isi kandungan yang menarik dan mudah difahami itu yang penting. Puan zaila sangat banyak membantu saya dalam penulisan blog dan juga fanpage saya.

Setelah mendaftar dalam kelas blog ini, secara automatiknya saya berada dalam Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Pada mulanya saya tidak faham apa kaitannya ABDR dengan blog. Setelah membaca kisah-kisah ahli ABDR, baru saya faham bahawa kebanyakan penulis blog yang berada dalam ABDR adalah suri rumah yang sesetengahnya pernah bekerja serta memegang jawatan tinggi dan mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Mereka menggunakan pelbagai medium untuk memasarkan hasil kerja mereka dan salah satu caranya adalah melalui penulisan blog.

Di Akademi Bekerja Dari Rumah, setiap ahli dan Puan zaila sendiri sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain kerana tidak semua wanita yang bekerja dirumah akan dipandang tinggi oleh orang diluar sana. Diharap melalui perkongsian perjalanan hidup bekerja dari rumah melalui blog ini akan membantu dan memberi garis panduan kepada para wanita yang ingin mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah sahaja sambil masih sempat untuk menguruskan rumah tangga.

Melalui pengalaman saya yang bekerja dari rumah ini, blog merupakan medium yang sangat-sangat berkesan dari segi pemasaran dan yang paling penting salah satu cara untuk saya memperkenalkan diri kepada pelanggan dan bakal pelanggan secara tidak langsung. Secara realitinya, saya tidak mampu untuk bersua muka dan bercerita kisah perjalanan bisnes pakaian saya pada setiap pelanggan yang ada. Dengan cara menulis blog ini, para pembaca akan dapat membaca perjalanan bisnes saya dengan lebih jujur dan terperinci. Yang paling penting kita perlu lah sentiasa mempunyai masa untuk update penulisan blog kita dan dari situ kita sentiasa dapat berhubung dengan masyarakat di luar sana.

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk belajar menulis blog secara serius dan mungkin ada cita-cita untuk bekerja dari rumah boleh sertai kami di Akademi Bekerja Dari Rumah dan menjadi salah seorang pelajar kelas asas blog bersama cikgu Pn. Zaila Mohamad. Jangan segan-segan untuk menghubungi Pn. Zaila melalui FB beliau (FB: zaila.mohamad).

Sumber : http://shazwaniafiq.blogspot.com/2015/02/kelas-asas-blog-fanpage.html

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage - Pn Sadiah Abdul Karim


Nama pelajar : Pn Sadiah Abdul Karim

Guru online : Zaila Mohamad

Blog : http://sadiahabdulkarim.blogspot.com/

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

CEPATNYA MASA BERLALU 
Sedar tak sedar sudah lebih setahun saya mendaftarkan diri dalam kelas ini. Saya mulai mendaftar dengan kelas Puan Zaila pada November 2013. Saya masih ingat lagi yang pada waktu itu, saya berazam untuk maju setapak lagi dalam perniagaan saya pada tahun hadapannya (2014). Maka, antara pendekatan yang saya ambil ialah untuk aktif mempromosikannya menerusi blog. Saya pada waktu itu telahpun berniaga busana Muslimah secara dropship. Dengan modal yang terhad pada waktu itu, saya memikirkan pelan untuk merancakkan lagi perniagaan saya. Hari demi hari, bermula dengan langkah kecil, akhirnya saya berjaya mendaftarkan perniagaan saya dengan nama SAEEDA COLLECTIONS pada November 2014. Masih mengusahakannya secara atas talian 100%, namun kini dari selain dropship, saya juga mulai mampu membeli secara pukal berdasarkan permintaan dan menambah rakan niaga dan pembekal. Alhamdulillah.

Salam perkenalan saya dengan Puan Zaila disambut mesra. Bermula dengan mengkhatamkan ebook dan seterusnya beberapa langkah penambahbaikan blog, maka lahirlah blog kesayangan saya ini. Semua bimbingan yang diberikan oleh Puan Zaila hanya melalui facebook dan wasap sahaja. Sungguh mudah. Pada asalnya, saya berhasrat menulis tema ekonomi Islam, namun disebabkan saya belum mampu memperisakan tema ekonomi Islam dalam versi santai yang mampu menarik pembaca, makanya saya telah mempelbagaikan tema blog saya termasuk diari diri, busana muslimah dan el hakeem bros.

Puan Zaila sering mengingatkan saya supaya rajin mengemaskini blog. Ini sememangnya sangat perlu bagi individu yang culas seperti saya. Tanpa bimbingan mentor dan perkongsian rakan-rakan seperjuangan, mengekalkan momentum adalah sesuatu yang sangat mencabar. Inilah kelebihan yang sangat besar dalam akademi bekerja dari rumah ini.

INSENTIF
Dalam perniagaan, keuntungan material adalah insentif signifikan yang sangat-sangat mempengaruhi percaturan seseorang peniaga. Dalam masa yang sama, insentif lain seperti bertambahnya networking, kepuasan pengguna, peningkatan ilmu dan pengalaman dan lain-lain juga mampu mendorong usaha yang lebih keras dalam perniagaan. Alhamdulillah, berkat izin Allah, bimbingan guru online saya, Puan Zaila dan usaha keras (yang belum cukup keras sebenarnya), saya sudahpun berjaya balik modal RM180 yuran pendaftaran kelas online dalam bulan pertama (Nov 2013) juga. Berbaloi bukan?

Dan dalam bulan-bulan yang seterusnya, adat berniaga ada masa untung bersih saya meningkat dan ada masa statik. Dalam banyak keadaan, keuntungan dalam perniagaan atas talian sangat bergantung kepada promosi dan promosi yang berkesan adalah promosi yang telus. Bagi saya, promosi seperti ini sangat praktikal dilakukan menerusi blog. Dan, itulah yang diajar dalam kelas ini - menulis dengan ikhlas tentang kita dan apa yang kita jual. Teorinya, semakin kerap kita mengemaskini blog, semakin dekat diri kita dengan pelanggan dan semakin senang sekali pelanggan berurusniaga dengan kita.

KENAPA TIDAK? 
Tahun baru 2105 bakal menjelma. Mungkin ada di kalangan kita yang telah pun mulai berniaga atas talian ataupun offline. Saya percaya setiap dari peniaga mahukan kelangsungan yang lebih baik dalam perniagaan mereka.

Dari belum mempunyai apa-apa untuk dijual, kepada memperoleh variasi pilihan produk untuk diniagakan.
Dari tiada networking, mahukan networking yang luas.
Dari terkapai-kapai tanpa mentor, berhasrat mencari bimbingan mentor.
Dari promosi yang terhad, kepada promosi yang lebih luas capaiannya menerusi ABDR (akademi bekerja dari rumah)
Dari keuntungan yang sedikit, kepada keuntungan yang lebih besar sesuai usaha dan kerja keras serta tawakkal kepada Allah.

Percayalah, dengan tindakan yang tepat dan bijak, setiap dari kita mampu untuk pergi lebih jauh dalam apa-apa yang kita usahakan. Saya sangat mencadangkan CikPuan yang berazam memajukan diri dan perniagaan, daftarlah segera dalam akademi ini. Apatah lagi, semuanya boleh dimulakan di atas talian. Tiada lagi alasan, yang ada hanya kemahuan dan usaha.

Siapa tahu, peluang anda untuk berjaya tinggal beberapa langkah lagi. Mengoraklah!

Salam kejayaan :)

Sumber : http://sadiahabdulkarim.blogspot.com/2014/12/perkongsian-kelas-asas-blog-cikgu-zaila.html#more

25 Februari 2018

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage - Pn. Noralfilaili


Nama pelajar : Pn. Noralfilaili Md Nor
Blog : http://nuralfilailimohmadnor.blogspot.com/

Assalamualaikum...

Sebelum nie saya masih tercari-cari apakah sumber pendapatan untuk menambah pendapatan selepas berhenti kerja. Buntu kerana tidak tahu apakah saya hendah buat dan kerja apakah boleh saya lakukan untuk menjana wang dan secara tidak langsung dapat membantu suami saya.

Pernah juga terfikir-fikir nak buat bermacam perniagaan tetapi memandangkan anak yang masih kecil maka tidak dapatlah saya menghabiskan banyak masa di luar. Oleh itu pada pendapat saya perniagaan yang berasaskan online dapat membantu saya meluangkan masa di rumah bersama anak-anak. Cuma kemahuan rajin dan tidak sahaja penentu kejayaan saya. Saya membuat keputusan membuat perniagaan online apabila terbaca 'suri rumah boleh menambah pendapatan di rumah' di blog Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR).

Saya sanggup berkorban RM 200 daripada wang saya untuk belajar dan memasuki Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Dari situ baru saya belajar bagaimana hendak buat blog. Dari kosong tidak tahu apa-apa sehingga kini saya berjaya melakukan blog sendiri. Syukur alhamdulillah dengan berkat kesabaran saya dan cikgu online saya Kak Zaila dapat juga saya belajar bagaimana nak memasukkan sesuatu entry sehingga dapat memuat turun gambar dan dapat belajar bermacam-macam yang saya tidak tahu seperti membuat fanpage, label dan sebagainya.

Melalui medium blog saya dapat mempelbagaikan lagi produk dengan cara tersusun dan secara tidak langsung dapat menarik pelanggan baru untuk membaca blog saya dan dapat memperluaskan lagi perniagaan saya ini. Rasa macam tidak percaya saya mempunyai sebuah blog kini. Saya tidak perlu bersusah payah untuk ke luar kerana semua perniagaan yang dibuat berasaskan dalam talian sahaja.

Ramai juga ahli di ABDR yang masih bekerja dan masing-masing mempunyai cita-cita yang tinggi untuk memajukan diri. Oleh itu, saya nasihatkan kepada suri rumah yang masih tercari-cari untuk  menambah sumber pendapatan yang hanya bekerja dari rumah bolehlah menyertai kami dalam program Akademi Bekerja Dari Rumah ( ABDR), kerana banyak manfaat dan dapat membantu kalian sebagai seorang suri rumah. Walaupun anda masih tercari-cari perniagaan dan tiada idea untuk memulakan perniagaan tetapi bolehlah dimulakan dengan perniagaan dropship terlebih dahulu.

Insyallah, kita semua BOLEH berjaya walaupun sebagai seorang suri rumah. DOA dan USAHA sebagai pemangkin untuk berjaya.

Sumber : http://nuralfilailimohmadnor.blogspot.com/2015/03/ulasan-pengalaman-menyertai-akademi.html


Pengalaman Indah Bersama ABDR


Protege : Norliza Tomiran
Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Blog : http://pnnorlizatomiran.blogspot.com/

Assalammualaikum..

Alhamdulillah..itu yang mampu di ungkapkan. Berkenalan dengan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) melalui post seorang sahabat alam maya akhirnya menjadikan saya seorang yang celik ILMU BLOG. Walaupun saya pernah membuat blog sendiri, tetapi ia sepi kerana tiada ilmu. Berkat berguru, kini saya tahu apa yang saya mahukan dalam blog saya. Terima kasih cikgu Anys Idayu Zakaria.

Sewaktu menyertai ABDR saya di berikan ebook bonus yang wajib khatam. Kenapa wajib khatam ebook bonus??. Itu adalah ilmu wajib tahu sebelum memulakan blog dalam ABDR. Mempunyai kelainan bukan??.  Ini bermaksud ABDR mahukan para blogger ABDR mempunyai ilmu dahulu sebelum memulakan langkah. Walaupun hanya langkah pertama. Langkah pertama yang baik, In sha Allah akan menjadikan perjalanan yang baik jua.

Kemudian 10 soalan tentang diri. Semasa menjawab soalan yang di beri, saya terfikir, untuk apakah tujuan soalan ini??. Oh..rupa-rupanya soalan inilah yang membantu saya dalam hala tuju blog saya. Termasuk juga memilih tajuk blog saya. Kemudian saya di wajibkan menyiapkan 44 entri di samping mengemaskini penampilan blog. Ini termasuk cara membuat borang tempahan. Yang pasti untuk menyiapkan 44 entri adalah terpulang kepada diri sendiri. Malah ada yang dapat menyiapkan entri selama 1 bulan sahaja. Ini kerana 10 soalan yang di beri amat-amat membantu.

Kenapa 44 entri??. Ini tujuan memudahkan blog saya di cari di carian "Google". Malah lebih kerap saya mengemaskini entri, maka lagi memudahkan. 44 entri hanya pemulaan untuk memahirkan dalam menulis entri saya. Malah saya bersyukur dengan ABDR. Ini kerana dengan adanya jaringan perhubungan dengan rakan-rakan ABDR, ia amat-amat membantu blog saya yang baru bertapak. Yang paling tidak saya sangka, angka pengunjung blog akan meningkat dengan cepat jika ada entri terbaru. Ini membuatkan saya bertambah semangat untuk menulis entri.

Semasa mengemaskini blog mengikut arahan yang di beri, sememangnya ada soalan. Alhamdulillah, guru ABDR tidak pernah jemu menjawab soalan-soalan saya terutama cara menyiapkan borang tempahan. Borang tempahan adalah wajib untuk peniaga online. Ia juga secara terus dapat saya melihat rekod jualan saya melaui email saya.

Adalah satu bonus untuk saya bila memasuki ABDR sebagai pengurus online. Di sini saya belajar saya menjawab soalan-soalan bakal pembeli dan bakal rakan ABDR. Malah saya belajar menjalankan "bisnes dropship" tanpa modal. Malah cikgu Anys juga tidak jemu-jemu menjawab soalan saya mengenai "bisnes dropship". Bidang bisnes yang baru dalam diri saya tentunya banyak soalan.

Di ABDR saya  belajar etika blog iaitu Plagiat (meniru atau mencuri atau yang semaksud dengannya.). Di ABDR juga menjadikan saya jatuh cinta dengan "ebook".  Baru saya tahu bertapa mudahnya membaca "ebook". ABDR juga sentiasa menghasilkan "ebook-ebook" yang terbaru. "Ebook" yang berguna sebagai panduan serta rujukkan untuk para wanita tidak kira yang berkerjaya atau yang mahu memulakan kerjaya serta menjaga kesihatan.

Ilmu dan pengalaman saya bersama ABDR tidak dapat di nilai dengan RM200 yang saya bayar. Sungguh berbaloi. Tiada apa yang merugikan bila menyertai ABDR. Walaupun masih bekerjaya tetapi masih mampu menjana pendapatan sampingan. ABDR juga menganjurkan kelas-kelas untuk membantu para usahawan. Saya juga ada menyenaraikan kelas-kelas tersebut dalam "wishlist" saya. In sha Allah, semoga ianya tercapai.

Walaupun terdapat cabaran seperti ketiadaan "line" internet selama sebulan kerana kable TM telah di curi, akhirnya saya mampu menyiapkan tugasan yang di beri. Terima kasih cikgu dan rakan-rakan ABDR yang banyak membantu. Baik dari segi perkongsian idea dan kata-kata semangat. Terlalu banyak nilai-nilai positif yang saya perolehi.
Terima Kasih ABDR.

(sumber :  http://pnnorlizatomiran.blogspot.com/2015/03/pengalaman-terindah-bersama-abdr.html)

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage - Syuhaida Yusof


Blog : http://syuhaidabtyusof.blogspot.my/

Nama pelajar : Syuhaida Yusof

Sumber : Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage

Assalamualaikum saya mulakan bicara petang ini.

Seperti biasa waktu saya menulis dan luangkan masa dengan blog sewaktu anak-anak sedang tidur.

Petang ini suka saya ingin berkongsi perasaan dan pengalaman saya selama saya mengikuti "kelas Asas Blog & Fanpage" bersama guru online saya iaitu Puan Zaila.
Perkenalan berlaku secara tidak sengaja dan tanpa dirancang. Sewaktu itu saya berada di Johor mengikuti suami bertugas,dan secara tidak sengaja saya bertanya khabar pada sahabat lama yang telah lama tidak berhubung iaitu Puan Mardiana. Perbualan kami berkisahkan tentang kehidupan masing-masing,dan saya menceritakan yang saya telah berhenti berkerja awal tahun 2015,kerana mengikuti suami bertugas.

Dari itulah sahabat yang lebih mesra saya sapa Kak na, membuka cerita dan menyuluh jalan perniagaan secara dalam talian yang dia sendiri ceburi dan dia sendiri berada dalam kelompok Akademik Bekerja Di Rumah. Semua ini kerana kebosanan apabila berhenti kerja dan inginkan pendapatan sampingan. Setelah Kak Na menceritakan kebaikan ABDR saya betul-betul tertarik dan ingin mencuba, kerana rasa tercabar apabila Kak Na berkata,"kalau tak belajar, memang tak akan pandai". Hari sama saya hubungi Cikgu Zaila untuk bertanyakan tentang kelas yang dianjurkan.

Alhamdulillah sekarang dah hampir 3 bulan saya menjadi anak murid pada Cikgu Zaila yang sangat baik dan segala urusan pembelajaran di talian menjadi mudah. Saya sukakan cara belajar yang dibawa oleh Cikgu Zaila, kerana masa belajar ditentukan mengikut kelapangan saya sendiri. Itu adalah bonus paling besar bagi saya yang mempunyai anak yang masih kecil.

Saya sangat berpuashati dengan pembelajaran dan tidak rugi saya mendaftar di ABDR. Sangat teruja untuk siapkan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Zaila. Sekarang saya boleh menulis blog dengan cara yang betul dan boleh menggunakan medium facebook untuk berniaga.

Kawan-kawan yang ingin mendaftar di Kelas Asas Blog & Fanpage boleh berhubung dengan Cikgu Zaila di Facebook beliau FB Guru Online Puan Zaila.

Bilangan bakal pelanggan dan pelanggan meningkat serentak

Blog : http://noramalinarohaizad.blogspot.com/

Ulasan Kelas Asas Penulisan dan Blog
Entri 44

Teks: Nor Amalina Rohaizad
Foto: Akademi Bekerja Di Rumah

Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang.

Alhamdulillah akhirnya 44 entri latihan penulisan berjaya disudahkan. Pelbagai cabaran dan kekangan masa dihadapi, namun saya berusaha segenap daya untuk menghabiskan apa yang telah saya mulakan pada pertengahan Ogos 2014 yang lalu. Terima kasih kepada Puan Masayu yang sentiasa memberi motivasi dan bimbingan.

Sebelum menjadi pelajar ABDR, saya sudah pun mempunyai blog khas untuk bisnes kraftangan felt namun blog itu sering dibiarkan dan jarang dikemaskini. Tidak terlintas langsung di fikiran ini bahawa guru saya Puan Masayu akan menyarankan saya fokus menulis tentang seni kraf setelah beliau membuat analisa minat dan kemahiran pelajarnya. Bezanya kali ini, saya membuat penjenamaan melalui nama saya sendiri.

Alhamdulillah ternyata saranan Puan Masayu amat kena pada masanya dan banyak memberi manfaat kembali kepada diri saya. Masuk entri kelima, saya mula jelas kebaikan menulis perkongsian di blog. Dalam masa 2 bulan sahaja, bilangan followers di halaman Facebook meningkat sebanyak lebih 1000 orang tanpa perlu saya membeli iklan untuk tujuan promosi. Bilangan pelanggan dan bakal pelanggan juga meningkat secara serentak. Itulah daya tarikan perkongsian yang memberi manfaat.

Saya sukakan konsep Kelas Asas Penulisan dan Blog di ABDR. Waktu belajar sentiasa fleksibel, amat sesuai dengan situasi saya sebagai ibu yang sentiasa sibuk menguruskan anak-anak dan dalam masa yang sama sibuk mengusahakan bisnes dari rumah. Saya bebas berkomunikasi dengan Puan Masayu melalui peti mel dan biasanya soalan-soalan saya akan direspons kurang dari 24 jam.

Di kelas ABDR juga tiada tekanan dan desakan untuk menghabiskan tugasan. Semuanya atas tanggungjawab dan kesedaran pelajar itu sendiri untuk menyelesaikan amanah yang telah diberikan. Pelajar dilatih menulis catatan setiap hari di dalam buku nota agar momentum untuk menulis itu sentiasa ada. Catatan di buku nota itu seterusnya akan dijadikan idea dan rangka penulisan di blog.

Setiap entri pelajar akan dibaca dan disemak oleh guru. Walaupun kelas ini diadakan secara atas talian, perbincangan antara guru dan pelajar sentiasa berlangsung walaupun tidak bertemu 4 mata. Puan Masayu sentiasa memberi idea, tips dan panduan agar penulisan blog mampu menarik minat ramai pembaca. ABDR terdiri daripada lebih 1000 orang blogger yang berkongsi pautan. Ini secara tidak langsung membantu aliran trafik ke blog.

Akhir kata, tahniah dan terima kasih sekali lagi buat pasukan ABDR dan guru saya Puan Masayu Ahmad khususnya yang sentiasa memberi tunjuk ajar. Didoakan segala ilmu dan perkongsian di dalam kelas bakal menjadi saham pahala di Akhirat kelak. Langkah saya yang seterusnya, ebook! Mohon doa kalian agar tahun ini saya punya kelapangan waktu untuk berjaya menulis sekurang-kurangnya 2 buah ebook berkaitan bisnes kraftangan felt. :) InsyaAllah

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage - Muhariyanti binti Che Mat


Blog : http://muhariyantichemat.blogspot.my/

Teks: Muhariyanti binti Che Mat

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

DI SINI BERMULA
Minat untuk menulis memang ada. Impian untuk menjalankan perniagaan secara kecil - kecilan juga ada. Namun, tidak tahu bagaimana dan apakah cara yang mudah dan berkesan untuk seorang suri seperti saya. Justeru, pencarian dilakukan sehinggalah saya terjumpa Akademi Bekerja di Rumah (ABDR) ini. Tambahan pula, sahabat baik saya, Kizeewatty Zainal juga merupakan alumni ABDR yang mengambil kelas untuk melancarkan perniagaan online beliau. Melalui email, saya berkenalan dengan guru saya, Puan Zaila Mohamad. Sangat kagum dengan beliau yang ketika itu mempunyai 4 orang cahaya mata tetapi masih mampu menjadi seorang WAHM dan guru online yang berjaya, saya terus mendaftarkan diri. Alhamdulillah, syukur.

KENAPA PILIH ABDR?
Saya berniat untuk menjalankan perniagaan online. Justeru, dengan bilangan alumni yang sebegini ramai, saya rasa saya mampu membina satu rangkaian network yang sangat baik menggunakan platform ABDR. Lagipun, ABDR merupakan satu kumpulan yang sangat aktif dan berkesan. Dengan pelaburan sebanyak RM200, saya diajar untuk membangunkan sebuah blog dan fanpage sendiri. Menariknya, sebagai keluarga ABDR, saya akan dibayar komisyen sekiranya berjaya mempromosikan pakej kelas dan ebook seterusnya mampu mengambil balik modal yang telah dilaburkan untuk menyertai kelas sebelum ini.

Terdapat pelbagai jenis kelas dan pakej yang ditawarkan oleh ABDR dan tenaga pengajarnya juga ramai, anda boleh memilih guru yang anda suka. Kelas yang terbaru ialah Kelas Asas Blog dan Fanpage serta Beriklan di Instagram. Saya telah mengambil pakej Kelas Asas Blog dan Fanpage bersama Puan Zaila (fb: Zaila Mohamad). Melalui pakej ini, saya diberikan 4 ebook iaitu:

  1. Belajar Asas Blog
  2. Super WAHM, Super Mom
  3. Panduan Mula Bisnes Butik Online/Offline
  4. 101 Idea Home-Based Bisnes

PERJALANANKU
Pada permulaan kelas, saya telah disuruh untuk membaca ebook pertama iaitu Belajar Asas Blog. Kemudian barulah tugasan demi tugasan diberikan dan diselesaikan mengikut kelapangan masa saya, tanpa paksaan. Biasanya, saya akan berkomunikasi dengan guru secara online melalui facebook dan Whatsapp pada waktu pagi ketika anak masih lena diulit mimpi. Tugasan ini sebenarnya lebih kepada pembangunan blog dan fanpage. Ia sangat berguna kepada saya kerana sebelum menyertai kelas, saya pernah cuba membangunkan blog sendiri tetapi gagal kerana tiada ilmu tentang blog.

Alhamdulillah, saya mampu menyelesaikan setiap tugasan dengan mudah. Sekiranya mempunyai masalah, saya bebas menghubungi Puan Zaila dan dapat diselesaikan segera sekiranya beliau sedang online. Jika tidak, beliau akan memberi respon dalam masa kurang 24 jam. Kelas yang sangat fleksibel, bukan? Ada masa, buat. Jika sedang sibuk, tangguhkan, dahulukan yang lebih penting. Tiada paksaan, tiada had masa. Cepat selesaikan tugasan, cepatlah anda menghasilkan blog sendiri. Sangat menarik!

Sepanjang mengikuti kelas secara online, bermacam yang telah saya lalui. Ditegur, dimarahi, dinasihati, semuanya saya terima dengan hati yang terbuka. Sebagai seorang pelajar, tidak boleh melawan cakap gurunya. Namun, puan Zaila sememangnya seorang yang sangat berfikiran terbuka dan memahami pelajarnya. Masakan tidak, mungkin saya satu-satunya pelajar beliau yang sangat liat dan pemalas, sehinggakan beliau selalu mengingatkan saya tentang tugasan yang perlu disiapkan. Tugasan yang hanya mengambil masa tidak sampai sejam, kadang-kadang seminggu baru saya selesaikan. Walhal sebagai seorang suri yang 24 jam masanya di rumah, saya sebenarnya boleh membuat tugasan pada bila-bila masa sahaja. Inilah yang dikatakan sindrom malas menggunakan komputer riba. Terima kasih buat guru saya puan Zaila yang begitu sabar mengajar saya.

SEGALANYA BELUM BERAKHIR
Alhamdulillah, saya kini bergelar alumni ABDR. Saya sangat berharap agar ilmu bermanfaat yang diperoleh akan dapat digunakan sepanjang hidup saya sama ada sebagai WAHM ataupun SAHM yang berjaya. Semoga blog dan fanpage yang dihasilkan mampu mempromosikan perniagaan online saya dengan lebih meluas lagi. Kepada sahabat-sahabat yang merasakan terbeban dengan taraf hidup yang semakin meningkat serta mahu mengubah kehidupan sendiri, mulakanlah langkah baru. Marilah sertai kami di ABDR. InshaAllah anda akan menyedari manfaat dan keberkesanannya.

Belajar Buat Kedai Online Sendiri di Akademi Bekerja Di Rumah

Pelajar : Nor Mahsuri Nordin
Kelas Blog Mula Bisnes ABDR 


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Sebelum mengenali Akademi Bekerja Di Rumah, saya pernah memiliki beberapa buah blog. Pada ketika itu, saya hanya menggunakannya untuk diri sendiri sahaja dan tidak publish setiap entri yang saya buat kepada umum. Mulanya saya mengenali blog melalui rakan sekerja yang memiliki blog yang menarik dan blognya turut dibaca oleh umum. Saya merasa teringin untuk memiliki blog sendiri. Disebabkan saya tidak pakar dalam dunia blogging, maka saya hanya update entri sahaja, tanpa memasukkan apa-apa gajet ke dalam blog tersebut. Akhirnya blog-blog tersebut terbiar begitu sahaja kerana saya tidak mempunyai masa untuk update, dan akhirnya terus dilupakan. Jika saya merasa ingin membina blog, saya akan mencipta yang baru pula.

Saya teringin memiliki kedai online sendiri apabila melihat telah ramai orang yang memulakan perniagaan secara online. Pada suatu hari saya terbaca artikel Pn. Masayu Ahmad di dalam majalah Mingguan Wanita dan saya terus berminat untuk menyertai Akademi Bekerja Di Rumah. Saya terus menghubungi Pn. Masayu Ahmad untuk menyatakan hasrat saya. Permintaan saya disambut dengan baik oleh Pn. Masayu Ahmad dan saya telah mendaftar untuk menjadi pelajar di Akademi berkenaan. Seterusnya saya diperkenalkan oleh beliau kepada seorang guru online iaitu Pn. Anys Idayu Zakaria yang membimbing saya untuk membina blog sehingga kini.

Sebelum saya memiliki blog perniagaan sendiri, terlebih dahulu saya diajar perkara asas yang perlu dibuat di dalam blog seperti memasukkan pages, memasukkan blog rakan-rakan akademi untuk memudahkan laluan trafik, memasukkan gajet-gajet tambahan seperti borang pesanan, facebook fanpage dan sebagainya. Semuanya di atas bimbingan Pn. Anys Idayu Zakaria yang tidak jemu memberi tunjuk ajar dan sentiasa mengingatkan saya sekiranya saya sedikit lalai dalam menyiapkan tugasan. Memang saya akui saya tertinggal jauh jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain dalam menyiapkan tugasan. Oleh kerana kelas diadakan dengan cara yang fleksibel, dan guru online juga boleh dihubungi pada bila-bila masa sahaja jika terdapat kemusykilan. Sedaya upaya saya cuba menyiapkan tugasan jika berkesempatan. Saya merasa bersyukur akhirnya dapat juga menghabiskan tugasan memasukkan sebanyak 44 entri sebagai tugas utama. Terima kasih diucapkan kepada guru online saya iaitu Pn. Anys Idayu Zakaria.

Selain daripada belajar menyiapkan blog dan fanpage, banyak lagi ilmu yang saya perolehi, terutamanya yang berkaitan dengan dunia perniagaan online. Banyak panduan dan tips-tips yang berguna untuk digunakan bagi membina perniagaan yang baru bermula. Malah kami juga dapat berkenalan dengan rakan-rakan yang lain di akademi serta saling bantu-membantu mempertingkatkan trafik blog.


Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage - Puan Syifa Wahab

Nama pelajar : Pn. Syifa Wahab
Guru Online : Pn. Zaila Mohamad

Teks : Syifa Wahab
Imej : Google dan Koleksi Peribadi


Berdebar-debar rasanya nak membuat testimoni. Pertama kali nak bagi testimoni ni.

Alhamdulillah! Pada saat saya mengarang testimoni ini, rupanya baru 9 hari saya berdaftar dengan Kelas Online Asas Blog dan Fanpage. Sepanjang sesi menghadiri kelas ini (yang diadakan secara maya), para pelajar dinasihatkan untuk khatam ebook dan kemudian perlu menjawab beberapa soalan analisa, sebelum boleh memulakan tugasan-tugasan yang dah ditetapkan.

Khatam ebook, jawab soalan analisa dan mula selesaikan tugasan-tugasan. Rupa-rupanya Cikgu Zaila Mohamad cakap, cepat sangat selesaikan tugasan-tugasan. Hahaha... Nak buat macam mana pelajar yang seorang ini, Isnin-Jumaat masih bekerja makan gaji. Cuma ada waktu malam dan hari minggu sahaja untuk keluarga dan hal-hal lain.
Sebenarnya, dah ada pengalaman sikit-sikit buat blog dan fanpage sendiri. Cuma bila buat sendiri ni, kita akan buat secara semborono. Melalui kelas ini, kita akan diajar untuk membuat segalanya dengan lebih teratur. Tambahan lagi, kita akan sentiasa dipantau, dimaklumkan jika ada sebarang pembetulan yang perlu dilakukan. Jika ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan, kita ada tempat untuk merujuk dan bertanya. Kalau buat sendiri, kita kena berdikari. Kena cari sendiri. Selalu Google Search la sumber untuk dapatkan bantuan. Apabila dah jadi ahli Akademi Bekerja Di Rumah, memang berbeza sangat. Interaksi secara terus dengan cikgu dan ahli-ahli lain, lebih banyak membantu dalam proses pembikinan blog dan fanpage ni. Masa dan tempat belajar pun amat fleksibel. Bila-bila masa dan di mana sahaja. Yang penting ada talian internet, laptop/desktop atau tablet/smartphone.

Saya bukan sahaja dibekalkan dengan ebook-ebook (memang sangat membantu dan berinformasi), diajar langkah demi langkah membina email, blog dan fanpage, malahan saya turut diberi peluang untuk menjadi ejen Dropship (peluang bisnes bagi mereka yang tiada/kurang modal) serta menjalin hubungan ukhwah sesama ahli-ahli lain (membina rangkaian hubungan/networking).

Sumber : http://syifabintiwahab.blogspot.com/2015/05/testimoni-kelas-asas-blog-fanpage.html

ABDR Membantu Bina Blog Lebih Sistematik


Pelajar : Hamidah Burham
Guru Online : Anys Idayu Zakaria
Kelas Blog Penulisan ABDR


Teks: Hamidah BInti Burham

Assalamualaikum adik manis,

 Terima kasih kepada anda semua yang sudi melawat ke blog saya. Saya amat menghargai setiap komen dan atau cadangan daripada anda untuk saya memperbaiki lagi blog saya ini.

Disini saya ingin berkongsi cerita bagaimana bermulanya saya membina blog ini. Saya membina blog ini pada 26 Febuari 2015.Ketika itu saya menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) yang dikelolai oleh Pn Masayu Ahmad.

Pada mulanya saya seperti tidak yakin yang blog merupakan media yang bagus untuk memasarkan produk, kerana selama ini saya hanya terlibat dengan pemasaran produk di facebook dan fanpage. Blog telah lama saya tinggalkan sejak lama dahulu setelah saya lihat tiada apa-apa perubahan yang dapat membantu saya dalam memasarkan produk hasil jahitan saya ketika itu.

Alhamdulillah Allah telah membuka hati saya setelah melihat iklan Norhafizah Hadi di laman facebook berkenaan ABDR. Pada mulanya saya teragak-agak untuk melaburkan duit saya untuk menyertai ABDR. Lama juga saya ambil masa untuk membuat keputusan. Namun jalannya begitu mudah untuk saya meneruskan niat untuk meneyertai ini. Alhamdulillah saya telah membuat keputusan yang tepat!

Menyertai ABDR membuat saya tidak merasa keseorangan kerana ramai sahabat-sahabat ABDR yang sama-sama menyokong dan saling membantu dalam meningkatkan blog masing-masing. Tidak lupa juga kepada Cikgu Anys Idayu yang sangat sabar dalam membimbing saya dalam membina blog saya dari zero hingga ke hari ini telah dikunjungi lebih 3800 pengunjung. Syukur alhamdulillh. Saya tidak pernah terfikir akan ada blog sebegini hihi. Apapun masih banyak yang perlu saya lakukan untuk menaikkan lagi kualiti blog saya.

ABDR banyak membantu saya dalam membina blog secara formal dan sistematik. Bukan seperti blog saya sebelum ni yang caca marba.huhu. Sistem pembejaran yang fleksibel dan langkah demi lamngkah memberi saya keselesaan dan tanpa tekanan. Kita enjoy.....haha. Apapun sebagai murid kita perlulah mengulangkaji pelajaran dan membuat tugasan yang cikgu berikan dengan secepat mungkin supaya hasilnya juga cepat..

Selepas sebulan saya menyertai ABDR dan membuat tugasan yang diberi, saya dapati ramai pemanggil dari carian google yang menghubungi saya untuk mendapatkan khidmat atau membeli produk saya. Hampir setiap hari saya menerima panggilan samada untuk memborong kain batik songket, menyertai kelas jahitan manik, membuat tempahan gubahan hantaran dan segala perkhdmatan yang saya tawarkan di blog saya ini. Syukur alhamdulillah.

Jika anda berminat untuk mengikut jejak langkah saya, hubungi saya Hamidah Burham 0163385790 untuk keterangan lanjut.

Ok sekian dulu celoteh saya pagi ini, moga kita memperolehi manfaat bersama.

Wassalam

Sumber : http://puanhamidahburham.blogspot.com/2015/05/260215-teks-hamidah-binti-burham.html

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage (Mula Bisnes)


Nama pelajar : Pn. Leeya Mokhtar
Guru Online : Pn Zaila Mohamad

Teks : Norlia Amat Mohtar


Assalamualaikum

Diam tak diam sudah tiga dekad lebih usia ini. Pejam celik pejam celik rupa-rupanya sudah tujuh bulan saya menjadi working at home mom (WAHM). Banyak suka, duka, tangis dan tawa yang ditempuhi sepanjang tempoh ini. Menguruskan anak-anak sambil bekerja memang bukan sesuatu yang mudah tetapi ini jalan yang saya pilih demi untuk membesarkan anak-anak tanpa jagaan orang lain.

Menyingkap kenangan apabila saya buat pertama kali menyatakan hasrat untuk berhenti kerja kepada teman sepejabat, pelbagai respon yang diterima. Rakan-rakan rapat menggalakkan tetapi bagi mereka yang agak berumur mengkritik hebat keputusan yang saya buat. Ada yang kata saya tidak fikir panjang, buat keputusan terburu-buru, mana boleh berniaga dengan anak-anak kecil dan tidak kurang juga yang melaga-lagakan saya. Bagi mereka tiada istilah ibu bekerja dari rumah. Saya pula pada masa itu, hanya senyum dan pergi. Tidak mahu memanjangkan atau bertengkar dengan mereka. Biarkan sahaja. Itu pandangan mereka. 

Mulai dari saat itu saya berusaha untuk memajukan diri sendiri. Saya ada terfikir berkemungkinan ada komuniti bagi WAHM ini tetapi langsung tidak tergerak hati untuk mencari di internet sehinggalah saya terbaca satu artikel yang di tulis oleh salah seorang ahli WAHM atau lebih dikenali sebagai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Tertarik dengan perkongsian artikel tersebut saya terus mencari artikel-artikel berkaitan dengan ABDR dan cara untuk mendaftar sebagai ahli. Di situlah titik mula saya bersama ABDR. Saya kemudian diperkenalkan dengan Cikgu Zaila Mohamad bagi penulisan blog dan fanpage. Di bawah bimbingan guru online saya diajar untuk membina blog yang berpengaruh, menggunakan bahasa yang betul dan menulis dari hati. Saya juga diajar untuk membina fanpage untuk beriklan dan berniaga.

Bagi saya membina sebuah blog adalah mudah, tetapi untuk menjadikan blog tersebut berpengaruh itu yang sukar. Di dalam kelas ini juga saya banyak diberi tips-tips yang mudah dan seterusnya membantu saya menulis dan berkongsi ilmu dengan orang lain. Sering kali kami diingatkan, niat untuk menulis bukan untuk menunjuk-nunjuk atau syok sendiri. Menulis kerana ilmu dan dapat dikongsikan bersama. Banyak sebenarnya yang saya dapat pelajari daripada yuran yang tidak seberapa ini. Sangat berbaloi. Pelajar diwajibkan untuk menulis sebanyak 44 entri di dalam blog sebagai tugasan. Ada rahsia di sebalik 44 entri ini, supaya enjin carian senang mengesan blog kita. Tetapi bukan hanya 44 entri sahaja, lagi banyak kita menulis lagi tinggi kedudukan blog kita di enjin carian. Kan seronok bila orang google sahaja berjela-jela nama blog kita keluar. Itulah fungsi asas 44 entri tersebut.



Bagi saya guru-guru yang mengajar sangat komited, tidak lokek ilmu dan bersedia membantu. Ini kerana apabila belajar dalam talian masa pelajar membuat tugasan adalah sangat tidak menentu. Acap kali guru online memberitahu penjenamaan diri amat penting dalam bisnes yang berpaksikan alam maya ini. Kita mungkin tidak kenal siapa pelanggan dan dari mana mereka datang, jadi jika kita menggunakan penjenamaan diri kita sendiri dengan mudah pelanggan akan megingati kita berdasarkan perkongsian di dalam blog. Jadikan setiap entri yang kita kongsikan sebagai kad bisnes dengan meninggalkan nombor untuk dihubungi. Perkara sebegini jika saya tidak menjadi ahli ABDR memang saya tidak akan ambil pusing. Padahal inilah cara yang sebenar berbisnes dengan menggunakan blog.

Secara keseluruhannya, saya sangat berterima kasih kepada pengasas ABDR, Pn. Masayu Ahmad kerana telah mengasaskan Akademi Bekerja Dari Rumah. Komuniti ini benar-benar sangat membantu suri-suri yang mahu menjadi WAHM yang mungkin mereka tidak tahu mahu bermula dari mana. Segala perkongsian dapat membantu insan yang baru bertatih sebagai WAHM seperti saya. Saya juga berharap lebih ramai ibu-ibu diluar sana untuk bekerja dari rumah dan mendidik sendiri anak-anak, memandangkan semakin ramai muda-mudi terjebak dengan pelbagai gejala yang tidak sihat. Didikan sepatutnya bermula dari rumah dan kita tidak boleh mengharap kepada guru-guru untuk mengajar anak-anak kita semata. Marilah kita sama-sama membina masa hadapan.

Jika anda berhajat untuk turut serta dan belajar bagaimana untuk membina blog dan fanpage berpengaruh bolehlah bergabung dengan kami. Disamping dapat menjadi ahli ABDR yang akan menyokong diantara satu sama lain bagi WHAM. Di sini kami akan berkongsi cerita dan pengalaman untuk menjadi panduan kepada yang lain. Jika mahu berniaga tetapi tidak tahu dimana mahu bermula, pilihlah untuk bersama kami. Terdapat beberapa pakej kelas asas blog yang boleh dipilih mengikut keselesaan. Boleh terus berhubung dengan saya berkaitan pakej yang ditawarkan.

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage - Cikpuan Faten Abdul Fattah


Blog : http://fatenfattah.blogspot.my/

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan semua.

Alhamdulillah sudah 6 hari kita semua menjalani ibadah puasa. Semoga ibadah kita diterima Yang Maha Esa. InsyaAllah.

Sebenarnya, sudah beberapa hari saya berusaha menyiapkan entri kali ini. Rasanya payah benar untuk saya membuat ulasan bagi Kelas Asas Blog & Fanpage yang telah saya ikuti ini. Macam-macam yang saya fikirkan. Bagaimana nak tulis? Ayat apa yang sesuai?

Rasanya saya patut mulakan begini:

Saya Faten. Seorang yang masih belajar mengenai kehidupan dan keadaan sekeliling. Suka menggunakan khidmat Pak Cik ‘Google’ untuk mengetahui mengenai apa sahaja. Dan melalui khidmat Google jugalah saya sampai ke blog Puan Zaila Mohamad.

Sejujurnya, saya telah membaca entri-entri yang terdapat dalam blog Pn. Zaila. Segala perkongsian dan pengalaman beliau selama ini. Kemudian, saya beranikan diri untuk menghubungi beliau dan bertanyakan mengenai Kelas Asas Blog & Fanpage ini.

Alhamdulillah, rezeki saya apabila dapat bertemu Pn Zaila sendiri ketika beliau balik bercuti ke Kelantan. Banyak sebenarnya yang saya telah belajar tapi masih banyak juga yang perlu saya belajar mengenai blog dan fanpage. Seronok sebenarnya apabila dapat belajar benda baharu dan pada masa yang sama meningkatkan keyakinan serta potensi diri.

Sudah 2 minggu saya menyertai keluarga besar Working At Home Mom (WHAM) ini. Takut sebenarnya untuk menyertai kelas ini kerana saya menyangka bahawa ini hanya untuk para ibu sahaja. Ternyata saya silap, semua orang boleh sertai kelas ini. Tak kira anda bergelar ibu  atau tidak.

Melalui Kelas Asas Blog & Fanpage ini, saya mengenali ramai orang. Apa sahaja soalan atau masalah, kami kongsi dan bincang bersama. Walau tidak pernah berjumpa, tapi kami seperti sahabat yang telah lama berkenalan. Saya benar-benar rasa bertuah untuk mengenali semua ahli Kelas Asas Blog & Fanpage di bawah kelolaan Pn. Zaila.

Kelas Asas Blog & Fanpage ini boleh diikuti oleh semua orang. Tak kira anda siapa dan di mana anda berada. Kelas berjalan secara online dan mendapat tunjur ajar berterusan dari cikgu yang berpengalaman. Jika anda SURI RUMAH yang ingin membantu MENAMBAH PENDAPATAN keluarga, SERTAI kelas ini. Anda seorang GRADUAN yang masih mencari apa yang perlu dilakukan, SERTAI kelas ini. Anda ingin belajar bagaimana MEMBINA BLOG dan ingin mendapat tunjuk ajar dari  ‘blogger’ yang lebih ‘senior’? SERTAI kami di Kelas Asas Blog & Fanpage ini. Anda TIDAK akan MENYESAL.

Ya, saya masih baru dalam dunia blog ini. Masih banyak yang perlu saya belajar. Tapi saya yakin, rakan-rakan yang saya kenal dari Kelas Asas Blog & Fanpage ini akan terus membantu saya untuk maju dan menyokong segala usaha saya.

Apa tunggu lagi? Jom sertai saya dan rakan-rakan dalam Kelas Asas Blog & Fanpage. Insya Allah, semoga kita semua berjaya dalam apa sahaja yang kita usahakan. Dunia dan akhirat. Aamiinn.


Jumpa lagi.

Peluang Upgrade Diri Bersama ABDR


Blog : http://nooraidashukri.blogspot.my/
Pelajar : Pn Nooraida Mohd Shukri
Guru online : Pn. Zaila Mohamad


Setelah sekian lama saya terkapai-kapai dalam situasi yang asing bagi saya yang sebelum ini begitu sibuk dengan rutin harian menjadi ibu yang berkerjaya, saya telah ditemukan dengan seorang guru yang juga seorang WAHM ( Work At Home Mama). Kisah bermula dengan membaca majalah wanita keluaran bulan April 2015, saya tertarik dengan ruangan di dalam majalah tersebut yang menceritakan kisah seorang surirumah yang berjaya. Saya amat kagum dengan surirumah ini dan ingin menggali bagaimana beliau boleh menjadi begitu berjaya sedangkan beliau juga seorang suri rumah seperti saya.

Seterusnya dengan azam yang menggunung, saya bertekad ingin menjadi seperti surirumah tersebut lalu saya mencari maklumat mengenai ABDR (Akademi Belajar Dari Rumah) di internet. Saya telah menghubungi salah seorang guru di ABDR iaitu Puan Zaila Mohamad. Apa yang mendorong saya untuk belajar di kelas ini adalah berdasarkan kepada faktor-faktor seperti berikut:

1. Masa Adalah Fleksibel.

Pelajar tidak dipaksa untuk belajar di waktu yang ditetapkan. Ia bergantung kepada kelapangan masa pelajar itu sendiri. Pelajar bebas untuk membuat tugasan dan berkomunikasi dengan guru pada bila-bila masa sahaja. Akademi ini memahami kesibukan surirumah yang masanya tidak menentu. Oleh itu waktu fleksibel yang diberi dalam kelas ini akan membantu pelajar untuk menguruskan rumah tangga dalam masa yang sama boleh mengikuti kelas dan menyelesaikan tugasan yang diberi.

2. Kaedah Pembelajaran Secara Online.

Amat mudah kaedah belajar sekarang ini dengan adanya kemudahan internet, kelas boleh dijalankan secara online. Pelajar dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Tugasan dan bimbingan yang diberikan adalah menerusi kaedah online di Facebook dan aplikasi whatsup. Pertanyaan juga boleh dibuat dengan kaedah yang sama. Tidak perlu bimbang kerana pelajar akan ditunjuk ajar secara detail seolah-olah guru berada di hadapan kita. Cara ini lebih memudahkan proses pembelajaran seorang suri rumah ataupun mereka yang sibuk dan berkerjaya. Pada masa yang terluang, tugasan boleh disiapkan dan tidak perlu menghadiri kelas secara offline jika kesuntukan masa.


3. Belajar membina  perhubungan dengan dunia luar melalui blog dan fanpage

Bagi saya sendiri membina blog adalah perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran waktu dahulu. Saya lebih gemar membaca blog orang lain. Dengan pengetahuan yang 'zero' mengenai blog, saya telah diajar perkara-perkara asas dalam pembinaan sebuah blog. Bagi budak baru belajar seperti saya ini, banyaklah perkara yang saya tidak tahu. Pertanyaan yang terperinci khususnya berkenaan teknikal membuat blog sering diajukan kepada guru saya, Puan Zaila Mohamad. Terima kasih kepada Puan Zaila yang begitu sabar mengajar saya. Pandangan saya sebelum ini, blog adalah susah kerana saya tidak pandai untuk bercerita, membina ayat, menyusun kata. Tetapi melalui pembelajaran di kelas ini kita akan diajar, dipantau dan akan diberi cadangan serta panduan mengenai penulisan oleh guru kita. Melalui blog yang bagus pembaca akan tertarik dengan penulisan kita dan akan menjadi pengikut setia blog kita. Di sinilah perhubungan kita dengan dunia luar tercipta.

Begitu juga dengan fanpage yang kita bina untuk mempromosi produk kita. Tiada batasan had bilangan untuk dilihat oleh pencari maklumat. Dengan pembinaan fanpage lebih mudah pembaca serta pengguna untuk mencari maklumat khusus yang dikehendaki oleh mereka. Di kelas ini, guru  akan memberi tips bagaimana untuk membina fanpage yang berpengaruh. Saya juga diajar bagaimana untuk membuat pautan antara blog dan fanpage.

4. Penjenamaan diri melalui blog dan fanpage.

Menerusi blog dan fanpage sebenarnya kita mula memperkenalkan diri kita kepada orang luar. Ia boleh dilihat melalui entri yang dimasukkan ke dalam blog kita. Oleh itu penting bagi kita untuk mempamerkan imej yang baik melalui penulisan kita agar mudah dibaca dan difahami oleh pembaca. Penulisan yang kreatif akan membuat pembaca lebih tertarik dan akan sering mengunjungi blog kita. Guru saya juga berpesan agar menggunakan imej diri yang sebenar. Pemilihan nama blog amat penting bagi tujuan penjenamaan iaitu dengan menggunakan nama kita sendiri. Dengan menggunakan nama sendiri pembaca tidak akan keliru dan blog kita akan lebih mudah diakses oleh mereka.


5. Peluang Networking dengan WAHM yang Berjaya.

Suatu perkara yang menarik dalam menjebakkan diri dalam kelas ini adalah saya dikelilingi oleh surirumah yang terdiri daripada ahli WAHM (Work At Home Mama) dari Akademi Bekerja Dari Rumah yang telah terbukti berjaya. Ini adalah satu peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan. Mereka boleh dijadikan mentor untuk saya lebih mudah dan cepat untuk mencapai matlamat saya.  Apabila membuat sesuatu dengan sendiri, peluang untuk berjaya mungkin akan datang, tetapi mengambil masa. Dengan adanya networking bersama mentor yang berjaya peluangnya lebih cepat. Kita cuma perlu dapatkan ilmu dan belajar cara mereka bekerja dan bertindak. Mentor yang baik akan membawa kita bersama -sama mengecapi kejayaan dan tidak akan membiarkan kita hanyut seorang diri. Segala pandangan dan tunjuk ajar dari mereka adalah sesuatu yang berharga.

6. Blog lebih tersusun

Kelas ini juga mengajar cara lebih berkesan dalam ilmu penulisan. Walaupun sesetengah orang telah memiliki blog sendiri, tetapi  gaya penulisan adalah bebas sehingga kadang kadang lari dari matlamat asal blog. Dengan bimbingan guru di sini, kita diajar supaya lebih fokus  terhadap sesuatu bidang. Ia akan berkait rapat dengan aktiviti harian, hobi, atau pendidikan kita. Sebagai penulis blog juga kita akan lebih mudah untuk membuat entri sekiranya kita menumpukan perhatian terhadap satu perkara.

7. Belajar Bina Kedai Online.

Di dalam kelas ini juga, saya dibimbing oleh guru saya untuk mula belajar berniaga. Walaupun saya sendiri tidak mempunyai produk untuk dijual, ia tidak menjadi masalah kerana pelajar disediakan produk untuk dijual. Pelajar diminta untuk membuat fanpage supaya mudah mempromosi barangan jualan. Kedai online membantu kita memperkenalkan, menjual barangan tanpa berjumpa secara bersemuka dengan pelanggan. Malah kedai online ini sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai modal untuk mula berniaga.

Oleh itu bagi suri rumah yang masih tercari-cari peluang untuk mencari ilmu atau membina perniagaan, kelas asas blog dan fanpage di Akademi Bekerja Dari Rumah ini amat sesuai untuk langkah pertama. Usah berlengah lagi. Kelas ini mudah untuk diikuti. Ia adalah kerana kelas ini fleksibel, mudah dan begitu santai.

Beri peluang kepada diri sendiri untuk 'upgrade' ilmu dan nilai dalam diri. Seperti pesanan guru saya, Puan Zaila Mohamad, untuk belajar di kelas ini kita perlu banyak bersabar dan banyakkan bertanyakan pelajaran yang tidak difahami. Buatlah rujukan dengan guru atau  mereka yang lebih berjaya In Shaa Allah segalanya akan dipermudahkan olehNya.

Ulasan Kelas Asas Penulisan - Puan Rozanah Zakaria


Blog : http://rozanahzakaria.blogspot.my

Kelas Asas Penulisan Blog
Teks: Rozanah Zakaria

Salam.

Hari ini hari pertama cuti sekolah bagi Pulau Pinang.
Semangat pun lain macam, walau sebenarnya saya belum bercuti lagi.
Hari ini saya masih ada tuisyen SPM, begitu juga dengan Isnin depan.
Jadi saya akan mula bercuti sebenar-benarnya pada hari Selasa depan.
Tidak mengapalah, itulah rencah hidup seorang guru seperti saya.
Sebelum diri sendiri, keperluan anak didik perlu diutamakan juga. :)

Sudah lama entri ini tertangguh. Asyik terlupa saja. Hehe. Mujurlah saya dapat seorang guru blogging yang sangat penyabar, Puan Anys Idayu Zakaria. Bayangkan orang lain awal lagi sudah menyiapkan tugasan diberikan, semangat saya yang tenggelam timbul kurang membantu saya, malah membantutkan pula. Haha! Terima kasih ye cikgu Anys.

Saya mula diperkenalkaan dengan kelas dibawah naungan Akademi Bekerja Dari Rumah ini oleh sahabat semasa bersekolah dahulu, iaitu Sharimah Yahya. Terima kasih juga angah ye!

Jika hendak diikutkan, saya pernah terfikir bahawa saya tidak perlu masuk apa-apa kelas untuk berblog. Kenapa? Sebab saya sudah berblog sejak 2010 lagi. Jadi, kenapa tiba-tiba setelah 5 tahun saya perlu belajar 'semula' bagaimana berblog? Hmm, hendak tahu? Teruskan membaca ye. :)

Kesedaran timbul apabila perasaan saya untuk bekerja sendiri muncul. Kemudian saya terbaca entri sahabat saya ini di facebook miliknya, yang seterusnya membawa saya ke blog beliau sharimahyahya.blogspot.my. Kemudian saya teringat kata-kata ustaz saya, untuk menimba ilmu, walau bagaimana kita rasa kita pandai, kita harus berguru! Bukan saya tidak tahu selama ini bahawa belajar mesti berguru, namun saya fikir apa sangatlah berblog sampai hendak berguru, bukan? Tetapi dengan kuasa Allah, saya seperti ditarik untuk bertanya lebih lanjut dengan Sharimah. Tidak cukup dengan mesej, saya baca blog beliau, kemudian saya email beliau. Sejak itulah, persepsi saya tentang berblog berubah sama-sekali!

Rupanya masih banyak yang perlu saya pelajari untuk pembaca di luar sana menjumpai blog saya! Tidak hairanlah, selama 5 tahun saya berblog (tanpa berguru), saya sendiri tidak pernah jumpa blog saya di carian Google atau mana-mana enjin carian lain! Tetapi kini hanya dalam masa hampir setahun, 'pageviews' blog saya sudah mencecah hampir 6000! Berbeza dengan blog yang telah saya bangunkan sejak 2010, dalam masa 5 tahun, baru mencecah 'pageviews' 2000 lebih kurang. Hmm, itulah kuasa blog jika kita tahu selok-beloknya, bukan?

Jadi, apa yang diajar dalam kelas Asas Penulisan Blog yang saya sertai ini? Jika anda hendak tahu, setiap apa yang ditulis dalam blog kami protege ini, akan dipantau oleh seorang guru online. Seperti saya, cikgu Anys sangat proaktif. Beliau akan membaca kesemua blog dibawah kendalian beliau, kemudian memberikan khidmat nasihat serta tunjuk ajar secara spesifik berkenaan apa-apa yang perlu diperbaiki. Sehinggakan cara dan gaya penulisan juga diberikan tunjuk ajar secara terperinci. Pada mula saya membayar RM300 untuk kelas ini, saya tiada idea apa yang saya akan dapat. Namun, apabila saya mendapat 'coaching' yang berterusan serta terperinci seperti ini, saya fikir sepatutnya nilai yang perlu dibayar adalah lebih lagi! Apalah sangat jumlah yang kita bayar jika hendak dibandingkan dengan ilmu yang tidak ternilai yang kita dapat, bukan?

Bukan itu sahaja, jaringan ABDR ini sangat besar. Beribu-ribu blog bergabung, menghasilkan satu sinergi yang sangat hebat! Patutlah blog saya dahulu berkembang seperti siput bergerak, kerana saya bergerak secara solo. :)

Jadi, tunggu apa lagi? Berminat? Hubungi saya sekarang di:

WhatsApp: 0124208212
Email: rozanahz@yahoo.com
Facebook: Rozanah Zakaria

Selamat datang ke dunia ABDR!

24 Februari 2018

Ulasan : Kelas Asas Blog bersama Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)


Blog : http://nuraidamohdharith.blogspot.my

Teks : Nuraida Mohd Harith

Diperkenalkan oleh : Nur Balqis Qahira
Guru Online : Anys Idayu Zakaria

Kelas ini sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masa yang terhad untuk belajar membina blog  dan fanpage. Masanya yang fleksibel membolehkan kita belajar dalam suasana yang selesa mengikut kesesuaian masa kita.

Terdapat nota-nota yang dilengkapi gambar langkah demi langkah yang mudah dirujuk untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Walaupun kita hanya belajar secara online, setiap tugasan kita akan dikawalselia oleh seorang guru. Ini bermakna, tugasan kita itu akan disemak bagi tujuan penambahbaikan.

Dengan yuran hanya sekali seumur hidup, pakej yang ditawarkan adalah amat berbaloi kerana kita akan dibimbing sehingga berjaya.

Antara ilmu yang boleh dipelajari dari kelas ini ialah ilmu pemasaran menggunakan media secara percuma. Antaranya ialah bagaimana untuk membina sebuah blog yang disukai pembaca dan menukarkan pembaca kepada pembeli. Selain dari belajar membina blog, kita juga akan diajar bagaimana untuk membina fanpage dan seterusnya membuat pautan antara blog, fanpage dan juga Facebook.

Antara ilmu baru yang amat menarik untuk dipelajari ialah bagaimana kita boleh setkan tarikh dan masa untuk entri atau status keluar atau diterbitkan pada masa yang kita inginkan. Terdapat aplikasi khas untuk menjadualkan status Facebook. Ini bermakna, walaupun kita jarang dapat online, status kita masih sentiasa aktif dengan bantuan aplikasi ini. Aplikasi ini dinamakan sebagai 'Buffer'.

Bagi mereka yang mempunyai minat untuk menjana pendapatan tetapi masih belum mempunyai produk, terdapat urusniaga online yang boleh dipilih sebagai produk. Antaranya ialah produk sunnah, buku, ebook, ruang iklan dan juga peluang menjadi pembantu kelas. Antara kelebihan lain ialah ia mempunyai jaringan bisnes secara online yang terdiri dari jemaah ABDR. Jadi kita berpeluang untuk berkenalan dengan pengedar dan kenalan baru seterusnya membuka peluang bisnes yang lebih besar.

Antara topik kegemaran saya ialah tips 40 kata kunci carian di Google. Ia membolehkan entri yang diterbitkan keluar di muka pertama carian google. Seandainya kita dapat menguasai tips ini dan entri kita sudah dapat dicari di muka pertama, ia menunjukkan tanda aras bahawa kita telah berjaya menguasai penjenamaan diri secara professional.

Alhamdulillah. Walaupun masih baru dalam dunia bisnes, dengan mengikuti kelas ini, saya dapat menjana pendapatan dari rumah dengan membuat pemasaran secara percuma melalui blog, fanpage dan Facebook.

AKADEMI BEKERJA DI RUMAH, KOREA DAN MALAYSIA


Entri 63

Teks: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN
Foto: KHUSHARTINI KAMARULZAMAN

Saya telah menjadi surirumah selama hampir 3 tahun. Selama itulah, saya hanya bergerak sendiri.
Jatuh bangun sendiri, kadang-kadang terasa sunyi apabila anak-anak ke sekolah ataupun tidur.

Tambahan pula apabila tinggal di Korea Selatan ini, suami amat sibuk bekerja tidak kira siang atau malam, hujung minggu apatah lagi hari biasa. Sewaktu saya menulis draft entri melalui telefon ini, dia sudahpun berpagian di hadapan laptop menyiapkan kerja dari rumah lagi. Hendak keluar ke pejabat sekarang, suhu pagi sudah pun mula sejuk musim luruh.

Semasa di Malaysia, saya ada ramai jiran-jiran yang surirumah seperti saya. Semuanya pernah bekerja dan berhenti seperti saya juga untuk fokus pada keluarga.

Berbanding di sini, saya banyak menghabiskan masa di dalam rumah. Berjumpa orang Malaysia lain ketika ada urusan atau apa-apa majlis atau mungkin juga terserempak di Itaewon, tempat membeli daging Halal.

Sehinggalah saya berjumpa dengan Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) ini, hidup surirumah saya lebih bermatlamat. Dari hanya menguruskan rumahtangga dan mengambil tempahan jahitan beg kecil-kecilan serta menulis blog ala kadar, saya akui saya sekarang lebih fokus menulis dan konsisten dengan label entri blog.

Saya juga tahu tujuan menulis dan sasarannya. Penceritaan dan bahasa penulisan juga sudah ada perubahan positif. Saya sertai kelas asas penulisan blog dan kelas asas blog bisnes dengan ABDR ini dengan rela hati dan semestinya selepas berbincang dengan suami mengenainya.

Suami saya yang mula-mula mendorong saya membuat sesuatu untuk isi masa lapang terutamanya apabila anak bongsu kami sudah makin membesar dan dia akan berumur 4 tahun pada tahun depan. Jadi ABDR ini lah yang muncul di saat saya mencari.

Ada kawan-kawan yang tanya pada saya bagaimana saya boleh sertai kelas ini sedangkan cikgu saya di Malaysia dan saya di Korea? Kelas one-to-one ini dijalankan sepenuhnya online melalui email, Facebook, Whatsapp ataupun FB Messenger.

Kelas yang fleksible, tiada tekanan dan santai membolehkan saya menyusun masa harian saya untuk kelas. Saya hanya uruskan keluarga seperti biasa dan hanya menggunakan telefon dan laptop sahaja dan yang paling penting ianya boleh dilakukan tanpa keluar rumah. Jika saya tidak sertai kumpulan sokongan suri inipun, saya masih lagi menggunakan internet dan Facebook. Jadi apa salahnya jika saya hanya "tukar" sedikit aliran penceritaan dan penulisan di blog dan juga di Facebook.

Dalam masa yang sama, saya juga boleh berkongsi produk-produk ABDR seperti Ebook, Kelas-kelas online dan juga sertai bisnes dropship buku. Semuanya hanya dibuat dari rumah dan saya masih lagi di Korea dan cikgu saya di Malaysia.

Yang penting, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Semoga bermanafaat.

Jika berminat untuk tahu lebih lanjut berkenaan ABDR ini, boleh hubungi saya sebagai pengurus online di tinicraft@gmail.com.

Terima kasih.



Nota: Gambar ini diambil semalam semasa menunggu masakan di atas dapur. Saya tidak gunakan lampu utama memandangkan masih awal pagi dan anak-anak belum bangun. Saya menulis di mana-mana jika ada masa terluang.

Suri Rumah Berpendapatan Sendiri

Teks: Nasriah Abdullah
Foto: Nasriah Abdullah
Ulasan 2: Kelas Online ABDR (Kelas Asas Blog Bisnes Penulisan)
Guru ABDR: Anys Idayu Zakaria
Blog : http://nasriahabdullah.blogspot.my

BELAJAR BLOG MELALUI 'UNCLE GOOGLE'

Setahun sudah berlalu, facebook mengingatkan aku ketika aku mula belajar mencipta blog. Mencipta blog dengan hasil usaha sendiri. Tanpa guru. Tanpa Mentor. Tanpa Pemerhati.

Kenangan Terindah
Belajar Blog Melalui 'Uncle Google'
 Namun itu semua bukan penghalang untuk aku belajar sesuatu yang baru. Akhirnya aku berjaya walau hanya dengan bantuan 'Uncle Google'. Namun, kegembiraan itu terhenti seketika kerana aku mula bingung. Bigung bila berhadapan dengan 'java script'. Nampak sangat ceteknya ilmu IT yang aku ada. Aku baru nak belajar meneroka dunia blog dikala ramai anak muda dan remaja masa kini sudah mahir dengan berblog. Aku peduli apa! Kenapa perlu aku malu? Aku lagi malu bila dah tahu tak tahu buat tapi buat-buat tahu di depan orang ramai.

'Java Script?'. Wah! macam mana nak baca ni? Nak taip satu persatu ke? Mak ai, panjangnya. Takkan nak taip satu-satu? 1001 soalan ku tanya pada diri sendiri. Soalan demi soalan bermain difikiran ku. Aku buntu. Tak tahu pada siapa harus ku bertanya. Aku berkenalan pada beberapa orang rakan facebook yang mahir berblog tetapi mereka tak sudi mengajar ku. Mereka hanya meminta aku membaca hasil tulisan mereka di blog masing-masing.

Membaca? Aku sudah pun selesai membaca semua hasil tulisan dan perkongsian mereka di blog tapi aku masih buntu. Aku perlukan seseorang yang boleh aku ajukan pelbagai jenis soalan. Hanya setakat membaca? Siapa pun boleh membaca tapi aku perlukan seorang guru yang boleh membimbing aku dalam mencipta blog dan seterusnya menyebarkan blog yang ku cipta ke serata dunia. Bukan hanya mencipta blog semata.

Aku perlukan blog ilmu. Blog yang mampu memberi sumber inspirasi kepada blogger lain. Aku perlukan blog yang akan memberi aku sumber pendapatan untuk diri ku dan seluruh keluarga ku.

Aku sangat gembira apabila berjaya mencipta sebuah blog. Namun, kegembiraan itu cuma seketika. Aku mula bosan dan putus asa apabila berhadapan dengan bahagian 'java script'. 'Jaca Script' membuatkan aku putus harapan untuk meneruskan sesi belajar membina blog. Akhirnya blog itu terkubur seketika.


SURI RUMAH SEPENUH MASA

Bermula 1 Disember 2014, dengan rasminya aku bergelar suri rumah. Suri rumah sepenuh masa yang tidak punya pendapatan hasil titik peluh sendiri. Pada mulanya aku selesa tapi dalam masa yang sama aku sering ternanti-nanti hujung bulan. Ada apa pada hujung bulan? Ya setiap insan yang bekerja tidak kira bekerja di sektor kerajaan mahu pun swasta semua akan gembira bila tiba hujung bulan. Duit gaji akan masuk akaun. Tetapi aku hanya menanti pemberian dari suami.

Aduuuh! Sungguh satu tindakan yang tidak aku gemari. Walau pun nafkah dari suami itu wajib tapi aku tidak suka meminta-minta apatah lagi berharap pada duit suami semata.

Di saat aku tidak keruan memikirkan hasil pendapatan sendiri, aku mula beri suntikan semangat pada diri sendiri. Aku mula bangkit. Merenung tajam ke blog yang sudah beberapa bulan terkubur.

Di saat aku nekad ingin hidupkan semula blog yang telah ku bina, aku dipertemukan dengan insan yang bernama Anys Idayu Zakaria. Cantik nama tu. Secantik empunya nama. Perkenalan di dunia blog dan facebook akhirnya kami menjadi sahabat. Walau hanya sahabat alam maya, namun hubungan kami seperti telah lama berkenalan dan telah bersua muka.


BERANI MENANGGUNG RISIKO

2 Mac 2015, 9.10pm.
2 Mac 2015, 9.10pm.
Aku dan Anys sah bergelar sahabat alam maya.
Aku dan Anys sah bergelar sahabat alam maya.
2 Mac 2015, 9.10pm. Aku dan Anys sah bergelar sahabat alam maya. Disaat itu aku banyak bertanya tentang blog. Blog yang mampu memberi pulangan wang ringgit walau hanya bergelar suri rumah.

Setelah beberapa soalan ku ajukan kepada Anys tentang blog, aku semakin berminat dan bersemangat kembali nak mulakan semula belajar berblog tapi kali ini berbeza sedikit. Belajar mencipta blog dengan sistem, ilmu dan mentor.

Tanpa berfikir panjang, 31 Mac 2015, aku melaburkan sedikit modal sebagai yuran pendaftaran dan sah bergelar pelajar disalah sebuah akademi alam maya. Berani menanggung risiko belajar di Akademi Bekerja Di Rumah. Akademi yang dikendalikan secara online. Macam seronoknya bunyinya.
Yer tak? Belajar dari rumah sambil masak, sambil jaga anak, sambil kemas rumah, sambil tunggu duit masuk akaun. Namun begitu aku tidak dapat teruskan kelas kerana beberapa halangan menimpa yang harus aku selesaikan terlebih dahulu.

10 Jun 2015, 2.40pm adalah kelas pertama ku bersama Cikgu Anys Idayu Zakaria. Berkobar-kobar semangat di dada. Tugasan pertama yang diberikan cepat saja aku selesaikan. Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan kesabaran ku ingin mencipta blog sendiri yang mudah dijejaki 'Uncle Google', dengan bimbingan mantap seorang mentor yang punya sistem dan ilmu semakin berhasil.

Hari demi hari melihat status Anys di facebook dan coretan ilmu di blognya membuatkan aku semakin ingin mengenali siapa Anys. Apa pekerjaannya? Begitu indah susun atur setiap bait kata-katanya. Setiap hari berkongsi ilmu blog di status facebook-nya. Aku semakin ketagih maklumat terkini darinya.


MODAL RM300 MEMBUAHKAN HASIL


Walau hanya 3 minggu aku bersama protege-protege Akademi Bekerja Di Rumah, modal pelaburan iaitu yuran pendaftaran 'Kelas Blog Bisnes Penulisan' sebanyak RM300 dengan bonus 5 ebook telah membuahkan hasil. Ada diantara pembaca blog yang mengupah aku mencipta blog dan ada yang mengupah untuk mencipta FB page bisnes untuk mereka.

Yuran Pendaftaran RM300
Kelas Asas Blog Bisnes Penulisan
Yuran Pendaftaran RM300
Kelas Asas Blog Bisnes Penulisan
Alhamdulillah, RM300 hasil simpanan dari duit belanja yang suami berikan tiap bulan tidak sia-sia. Di minggu ketiga aku bersama ABDR, Cikgu Anys Idayu Zakaria menawarkan untuk menajdi Pengurus Online ABDR. Alhamdulillah, rezeki datang lagi.

Semenjak dari itu. rezeki berblog tidak pernah putus. Hari demi hari ada saja yang ingin aku lakukan. Dan setiap tindakan itu sering membuahkan hasil. Saat aku ditawarkan sebagai Pengurus Online ABDR, aku mula tawar hati memohon kerja di mana-mana agensi kerajaan mahu pun swasta kerana bagi ku keseronokan bekerja di rumah jauh lebih baik berbanding makan gaji di mana-mana sektor pekerjaan.



TAWARAN SEBAGAI PENGURUS ONLINE ABDR

Pengurus Online ABDR:
Ebook Panduan Rakan Niaga
Pengurus Online ABDR:
Ebook Panduan Rakan Niaga
Setelah bergelar Pengurus Online ABDR, di saat itulah aku nekad menjadi suri rumah yang mampu menjana pendapatan sendiri tanpa bergantung pada suami seorang menanggung hidup keluarga. Aku bersyukur kerana mempunyai suami yang sentiasa memberi semangat dan dorongan walau apa saja yang ingin ku lakukan. Tidak lupa juga ibu bapa ku serta kedua mentua ku yang sering memberi kata semangat dan sokongan.

Pada sahabat-sahabat ku di luar sana. Anda jangan putus asa andai status anda hanya suri rumah. Jadilah suri rumah yang mampu menjana pendapatan sendiri. Dari rumah kita juga berhak dan mampu menunggu duit masuk akaun. Kita sebagai suri rumah lebih istimewa. Kenapa? Apa yang istimewa? Kerana kita adalah suri rumah. Suri rumah yang akan menunggu duit masuk akaun setiap detik, setiap hari, setiap bulan. Hebat tak? Tentulah hebat bukan. Duit masuk akaun tak perlu tunggu hingga hujang bulan.




BERANI BERMIMPI

Apa yang penting adalah usaha dan tindakan. Bukan angan-angan kosong semata. Maka, anda sebagai suri rumah harus berani bermimpi. Bermimpi sehingga mimpi itu menjadi satu realiti. Jika anda percaya dan yakin, InsyaAllah dengan izin-NYA mimpi itu pasti menjadi nyata.

Justeru, wahai sahabat-sahabat ku yang bergelar suri rumah. Andai kata anda mempunyai masalah mencipta blog dan ingin menjana pendapatan hanya dari rumah melalui blog, daftarlah segera di Akademi bekerja Di Rumah.


KENAPA DI ABDR?

  • Kerana Akademi Bekerja di rumah (ABDR) adalah;-
  • Kumpulan sokongan khas untuk suri belajar basic berbisnes online 
  • Kumpulan sokongan khas untuk suri belajar menjana pendpatan hanya di rumah 
  • Kumpulan sokongan khas untuk suri bekerjaya menjana pendapatan secara sampingan 
  • Kumpulan sokongan untuk mereka bergelar wahm 
  •  Platform untuk belajar berbisnes produk fizikal secara dropship dan produk digital ebook dan servis.



Akademi Bekerja Di Rumah(ABDR)
 ABDR menyediakan peluang dan ruang bagi kalian suri yang mahu belajar asas penulisan dan bina kedai online.

  • Belajar asas memaksimakan pemasaran percuma melalui blog dan juga facebook.
  • Belajar asas berjualan melalui program dropship.
  • Belajar menjual produk fizikal.
  • Belajar menjual produk digital.
  • Juga belajar bagaimana memulakan usaha menabung dan pendapatan aktif tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.

Ebook Belajar Asas Blog

Apa yang saya belajar dalam kelas asas blog dan penulisan?

  1. Menulis cara santai, tapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
  2. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
  3. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
  4. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
  5. Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih melebihi 2000 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
  6. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
  7. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
  8. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.


Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah. Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia. Insya-Allah, dengan doa dan harapan, semoga Allah permudahkan usaha kita bersama menjana ekonomi ummah.


Mudah ke tersangat mudah?
Suka ke tersangat suka?
Sengih!
Sila share untuk berkongsi maklumat.
Apa tunggu lagi, mendaftarlah dengan saya selaku Pengurus Online Bertugas:
Nasriah Abdullah - Pengurus Online ABDR
Email : pnnasriahabdullah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp/Telegram : 
+6016-817 8716

Ulasan Kelas Blog - Puan Siti Zaiton Ahmad


Blog : http://sitizaitonahmad7.blogspot.my/

Teks : Siti Zaiton Ahmad

Bismillah. Assalamualaikum,


Penghujung bulan September 2015 saya mengambil keputusan untuk mengorak langkah lebih ke hadapan. Saya mengikuti Kelas Blog Penulisan Kreatif yang dikendalikan oleh Cikgu Monalita Mansor. Pada mulanya saya begitu bimbang kerana takut tidak dapat mengikuti kelas tersebut memandangkan factor umur saya yang sudah pun menjangkau angka 46 tahun. Mungkin sudah terlewat untuk saya belajar. Namun apabila saya mengikutinya secara tekun Alhamdulillah saya dapat mengikuti dengan berjaya meskipun  ada juga tugasan saya tidak menepati seperti yang dikehendaki.

Alhamdulillah berkat tunjuk ajar cikgu, saya akhirnya melepasi tugasan demi tugasan. Banyak perkara baru yang saya pelajari seperti memasukkan intri ke dalam blog, lay out, label dan pelbagai lagi. Sebelum ini saya hanya membuat cara saya sendiri tanpa mengikut cara yang betul. Langkah-langkah yang sebelum ini tidak saya ketahui telahpun saya ketahui. Sedikit sebanyak pelajaran itu dapat saya kaut.

Dalam bidang penulisan pula barulah saya memahami istilah-istilah penulisan seperti plot, watak, gaya bahasa dan sebagainya. Saya rasa beruntung dengan sedikit pelaburan, saya dapat menambah ilmu di dada. Malah cikgu sering memberi kata-kata perangsang yang menaikan semangat. Lebih membanggakan apabila salah sebuah cerpen kanak-kanak yang saya hasilkan telah terpilih untuk terbitan bersama DBP. Semua itu atas dorongan dan tunjuk ajar cikgu.

Saya sungguh gembira dan berterima kasih kepada Cikgu Monalita Mansor yang sering ada apabila saya ingin bertanya tentang pelajaran yang saya tidak faham. Pembelajaran yang mudah difahami oleh suri rumah seperti saya. Kenapa tidak bagi anda yang mungkin lebih baik dari saya.

Semoga ilmu yang saya dapat ini akan saya kembangkan lagi dalam penulisan saya. Terima kasih buat cikgu yang telah bertungkus lumus mengajar saya. Jasa cikgu, akan saya kenang sampai bila-bila.

Sekian terima kasih.

Pageview 10,000 dalam Masa 5 Bulan Sertai Akademi Bekerja di Rumah

Blog : http://www.emmemarina.com/

Teks: Emme Marina Mohamad

Foto: emmemarinamohamad.blogspot.my

Alhamdulillah. Kita sama-sama panjatkan doa dan kesyukuran ke hadrat ilahi atas setiap rezeki dan nikmat yang diberikan olehnya. Dan antara nikmat yang kita sering panjatkan kepada Allah ialah nikmat dan rezeki kejayaan, apatah lagi kekayaan ye tak? In shaa Allah, kita buat apa yang Allah suka, pasti Allah balas semula berlipat ganda kepada kita.

Ujian menandakan Allah sayangkan kita, nak berikan pahala lebih. Jika nikmat yang diberikan bermakna Dia juga sedang menguji kita lihat sama ada kita bersyukur ataupun tidak.

Lembaran tahun baru 2016 terasa amat manis bagi diri saya, kejayaan dan rezeki yang Allah berikan dan entri pada kali ini juga bagi saya ialah satu kejayaan yang Allah berikan setelah kita berharap dari Nya. Kita usaha dan belajar dalam kelas, bukan main-main belajar ya. Kita mahu capai satu matlamat dan Allah makbulkan usaha dan doa kita melalui kejayaan sebegini.

Saya sebenarnya sudah menjadi blogger suam-suam kuku sejak tahun 2011 lagi. Ada mungkin 3-5 buah blog saya pernah buat dan tidak fokus. Tiada hala tujuan, tiada fokus, tiada matlamat. Sebenarnya saya buat blog kerana saya tahu saya boleh jana pendapatan melalui blog. Kenapa saya kata begini?

Kerana GOOGLE adalah tempat saya bertanyakan SOALAN, PRODUK, BELIAN ONLINE dan pelbagai lagi. Dan setiap kali saya google, majoritinya akan pergi ke laman blogger. Paling ramai dan paling banyak ialah blogger. Ada pelbagai jenis blog, tidak kira blog kedai, blog personal atau campuran keduanya, iaitu personal dan blog kedai. Ia membawa kita kepada satu perhentian kepada semua yang kita inginkan.

Saya tidak mencari di facebook, saya tidak mencari di instagram. Kalau mencari di instagram lagilah pening kepala dibuatnya. Contoh hashtag #bajukurung, kadang-kadang yang keluarnya jubah. Hashtag #dms360, yang keluarnya produk lain. Kenapa jadi begini? Sebabnya mereka suka gunakan trending hashtag ataupun yang berdekatan. Seperti jubah, letak hashtag #bajukurung kerana ada kemungkinan peminat atau pembeli baju kurung yang lihat jubah tersebut berminat dan membeli. Tetapi, itu bukanlah satu solusi bagi mereka yang menginginkan jawapan kepada apa yang mereka cari.

Faham ya?

Bila kita bina sebuah blog, kita boleh kongsikan apa jua perkara tetapi bagi blog yang bermatlamat dan fokus, sebaiknya binalah blog yang berkaitan dengan niche kita. Jangan pergi terlalu jauh kerana akhirnya matlamat kita akan jadi lari dan hilang arah tujuan. Apa maksudnya? Teruskan pembacaan ya.

Tajuk fokus anda, Menjaga Kesihatan Bersama Produk Jeli Gamat, jadi fokus anda berkisar mengenai penceritaan produk, permasalahan yang boleh diselesaikan dengan produk tersebut, kongsikan petua berkaitan kesihatan. Jadi mereka yang follow blog anda ialah mereka yang berminat dengan masalah dan produk tersebut. Dan mereka inilah bakal pembeli dan akhirnya anda menjana pendapatan melalui blog.

Tetapi bagaimana caranya untuk fokus? Menetapkan matlamat? Belajar kata kunci agar blog anda mencari carian teratas dalam carian google?

Inilah yang bakal anda pelajari di dalam kelas asas blog akademi bekerja di rumah. Dan inilah juga caranya saya mendapat 10 000 pageview dalam masa 5 bulan sahaja tanpa blogwalking, tanpa sharing ke facebook grup atau facebook profile atau mana-mana medium. Saya belajar kata kunci dan konsistensi serta kekalkan matlamat dalam tajuk blog saya.

Bagaimana?

Mahukah kalian belajar bersama kami, in shaa Allah anda pasti tidak akan menyesal. Ianya merupakan pelaburan kelas yang terbaik.

Sertai komuniti akademi bekerja di rumah. Alhamdulillah kami mara 2000 jaringan blogger seluruh Malaysia dan Luar Negara. Belajar secara online. Tidak perlu keluar dari rumah.

Pembelajaran seumur hidup. In shaa Allah