Teks : Puan Norhayati binti Nawawi
Blog : https://hayatinawawi.blogspot.my/
Alhamdulilah! Alhamdulillah! Akhirnya saya berjaya mencabar diri saya menyelesaikan 44 entri walaupun sedikit terlajak tarikhnya. Tiada cara lain untuk saya pandai menulis selain dari teruslah berlatih menulis. InshaAllah lama kelamaan saya percaya penulisan saya akan bertambah baik.
Saya memilih "Beranda Norhayati" sebagai tajuk blog saya. Beranda bermaksud ruang di depan atau di tepi rumah untuk tempat berehat-rehat. Beranda Norhayati bolehlah ditafsirkan tempat 'rehat' saya dengan cara saya menulis dan mencoretkan sesuatu. Ia kerana menulis juga boleh dijadikan terapi setelah lelah dengan urusan seharian.
Setelah berjaya menyelesaikan 44 entri, saya seperti rasa ketagih untuk menulis.Peringkat awalnya saya seperti tidak nampak fokus dan idea untuk menulis walaupun macam-macam perkara yang melintas difikiran untuk saya coretkan. Puan Masayu selaku mentor kelas asas blog saya telah memberikan tunjuk ajar dan bimbingan bagaimana untuk menghasilkan idea untuk menulis. Alhamdulillah pen dan sebuah buku nota menjadi rakan akrab saya sekarang yang mana saya coretkan segala aktiviti atau idea yang terlintas. Bank idea yang mengalirkan ilham untuk saya coretkan diblog saya.
Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Masayu diatas bimbingan dan tunjukajar yang diberi.
Walaupun kekangan masa dek urusan seharian, saya cuba mencari masa terbaik untuk saya menulis dan menterjemahkan idea-idea penulisan yang telah saya himpunkan. Alhamdulillah diawal pagi atau selepas pukul 12 tengah malam adalah masa saya luangkan untuk menulis.
Semoga saya dipermudahkan untuk terus menulis dan berkongsi dengan semua pembaca. dan ada nilai yang baik di sisi Tuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan