13 Februari 2018
Ulasan Kelas Penulisan - Puan Yusmazida Mohd Yusoff
Jika sahabat pernah singgah ke blog saya, sehingga hari ini, ia telah mencapai entri 1308.
Pada Julai 2016, saya bermula dengan 0 entri. Selama 20 hari, kami dilatih untuk menyiapkan 44 entri (tajuk penulisan). Ini bermakna, saya perlu menghasilkan purata dua entri dalam sehari secara konsisten.
Pada mulanya, agak sukar. Yang ditulis hanya merapu sahaja rasanya. Asal siap. =)
Syukur, dalam masa 20 hari, saya berjaya menyiapkan tugasan sebanyak 44 entri. Pada mulanya, ia sebagai tempat luahan hati, ala macam diari harian saja.
Fokusnya agak kurang. Sehinggalah saya menetapkan fokus-fokus yang tertentu sebagai ‘niche’ blog.
Blog yang diberikan tajuk 'PhD Mom’, penulisan kecil saya adalah terarah pada:
+ Cerita tentang diri.
+ Warna-warni kehidupan anak-anak.
+ Pelangi perjalanan pengajian PhD. Mencatat segala suka dan duka untuk saya yang jahil ini. Ia bukan pengalaman memperoleh PhD semata-mata. Tetapi, perjalanan menuju Tuhan.
+ Perkongsian ilmu-ilmu pengajian seminar yang pernah dihadiri.
+ Sekali-sekala, berkongsi pengalaman berjalan di bumi Tuhan.
Ia tidak terhenti di situ. Sehingga ke hari ini, saya masih meneruskannya walau tidak terikat dengan kelas bimbingan online tersebut.
Bagi saya, blog adalah medium sosial yang ‘evergreen’. Ia sebagai tempat simpanan yang senang dirujuk semula. Semua status Facebook, saya muatkan ke dalam blog.
Ada yang saya 'publish' untuk tatapan umum. Tak kurang juga sebagai draf penulisan yang disimpan untuk rujukan diri sendiri.
Oh ya, saya tengah menyiapkan beberapa manuskrip. Akan dibukukan. Semoga tahun ini siap bersama-sama tesis. InsyaAllah.
Ia mustahil berlaku tanpa ada titik permulaan.
Untuk makluman sahabat, guru pertama penulisan blog saya adalah Puan Masayu Ahmad. Saya mendaftar sebagai ahli Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) yang dikendalikan olehnya.
ABDR ini fokus kepada surirumah yang bekerja sendiri. Menjalankan bisnes yang pelbagai.
Saya mengambil pendekatan berbeza. Blog yang dicipta ini bukan untuk bisnes semata-mata. Lebih kepada perkongsian kecil secara konsisten.
Saya kira kelas bimbingan online ini sangat baik bagi melatih dan mengasah penulisan kita. Selama 20 hari, ia dipantau oleh Puan Masayu.
Ia turut diterjemah dalam penulisan tesis. Penulisan secara konsisten adalah perlu. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
Jika tidak ada idea, boleh bermula dengan cerita yang paling dekat dengan kita. Kisah kehidupan dan kemahiran yang ada untuk dikongsi bersama. Tak kurang juga, boleh berkongsi cerita pengalaman masa kecil, gelagat anak-anak, petua-petua yang baik dan pelbagai lagi.
Boleh follow rapat-rapat dengan beliau ya.
Terima kasih kepada sahabat yang sudi pinjamkan mata, hati, jiwa dan raga membaca coretan dan status ini. Mudah-mudahan dapatlah meneguk setitis manfaat darinya.
Ini blog saya:
http://yusmazidamy.blogspot.my
Yusmazida Mohd Yusoff
#DiariIbuPertama
#DiariIbuSambungBelajar
#SembangDary
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan