Blog : https://rosseain.blogspot.my/?m=1
Teks oleh Rosnaini Jamaludin
Email : rosnaini.jamaludin
Facebook : rosse ain
Assalamualaikum semua yang masih setia dengan celoteh kak rosse π.
Mungkin ramai yang tertanya tanya, kenapa kak rosse ralit sekali updated blog sejak hari pertama penubuhan. Ada yang nak tahu tak?
Sebenarnya, kak rosse ni memang tak tahu apa apa pun pasal nak buat blog ni. Ini semua hasil tunjuk ajar dari cikgu masayu ahmad (www.masayuahmad.com). Kak rosse mengikuti kelas penulisan secara atas talian dengan beliau. Boleh dikatakan, sejak diiktirafkan sebagai anak murid beliau, kak rosse rasa seperti suatu tanggungjawab tergalas dibahu. Semangat datang tak kira masa dan tempat. Ralit sungguh kak rosse dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.
Dan kak rosse berasa sungguh bersyukur ke hadrat ilahi, kerana hari ini, 15hb November 2017, akhirnya berjaya juga kak rosse menyiapkan tugasan 44 entry dalam blog kak rosse .Tak terluah dengan kata kata untuk kak rosse gambarkan bila selesai sudah 'bab pertama' ni.
Eh, bab pertama? Kira tak selesai kelas lagi ni ππ.
Memang la dah selesai.
Bab pertama pun rasa melonjak suka, inikan pula nak masuk bab bab seterusnya. Kan cikgu ? π
Kalau kalian tak percaya, cubalah ikuti kelas pengajaran bersama beliau. Seorang yang 'lemah lembut' dalam pengolahan kata kata bersama semua pelajarnya (walau tak nampak riak muka, boleh rasa kelembutan itu cikgu, kak rosse tak tipu π).
Malahan segala nota dan input yang diberikan, banyak membuka minda kak rosse yang dah berkarat ini π .
Bagi yang berminat nak cuba ceburi bidang penulisan, atau dalam erti kata lain, mencari satu 'tempat luahan' secara umum, maka blog la tempatnya. Dengan mempunyai blog sendiri, kalian akan terasa seperti dunia ini, kalian yang punya. Eh, dah macam p ramle pula. Tak percaya? Percayalah π
Buat cikgu mas, terima kasih daun keladi kerana sudi nak mengajar kak rosse dan semua rakan rakan yang lain dalam group. Cara pengajaran cikgu yang sempoi dan mesra alam itu menjadi satu penyebab untuk kak rosse terus setia menjadi anak murid cikgu.
Semoga cikgu tak lupakan kak rosse dalam setiap ilmu yang cikgu zahirkan.
Salam sayang dari kak rosse buat cikgu mas. I need u more π
-STAY TUNE-
ππbling bling craft resin, ingat kak rosse ingatlah resinππ

Tiada ulasan:
Catat Ulasan